Sebut sahaja paprik, dah terasa kelazatannya. Tidak kira makanan laut, ayam atau daging paprik. Ditambah pula dengan pelbagai sayur-sayuran yang dimasak dengan campuran sos. Memang terliur habis!
Jom cuba buat guna resipi daripada Fb Nurhayati Malek.
Ayam Paprik Sempoi.
Bahan (Tumis):
4 sudu besar Minyak, 2 biji Bawang merah, dihiris halus, 4 ulas Bawang putih, dicincang, 1 inci Halia, dihiris panjang, 2 tangkai Serai, diketuk, 2 helai Daun limau purut, dikoyak, 2 sudu besar Pes cili.
Bahan (Perap):
500 gram Dada ayam, dipotong kecil, 1 sudu besar Sos Tiram
Bahan (Campur):
2 sudu besar Sos Cili, 2 sudu besar Sos Tomato. 2 sudu besar Sos Tiram, 1 sudu kecil Kicap pekat, ½ cawan Air.
Bahan lain:
1 biji Bawang Holland, dipotong berbaji, Lobak merah, dipotong 2 inci panjang, Kacang panjang, dipotong 2 inci panjang.
Cara masakan ada di setiap kapsyen dan gambar.
Bahan-Bahan
Bahan Perapan
Bahan Tumis
Masukkan Pes Cili Dan Gaul Rata
Masukkan ayam yang diperap
Masukkan lobak
Masukkan kacang panjang
Gaul rata
Masukkan bawang holland
Masukkan segala jenis sos dan air
Kredit Foto & Resipi: FB Nurhayati Malek
Leave a Reply