Rentas negeri dan cetuskan provokasi, polis buka siasatan terhadap YB Ronnie liu

Sekitar semalam, tular sebuah video memaparkan aksi kurang ajar seorang Ahli Jawatankuasa DAP Kebangsaan, Ronnie Liu yang menghalang tugas anggota polis yang menguruskan proses mendapatkan tahanan reman terhadap 18 pekebun haram durian Musang King yang menceroboh Hutan Simpan Batu Talam di perkarangan Mahkamah Raub.

Difahamkan bahawa Ronnie Liu bersama Ahli Parlimen Bentong, Wong Tack serta Ahli Parlimen Raub, Tengku Zulpuri Raja Puji kelihatan tidak berpuas hati lalu mencetuskan provokasi terhadap anggota polis yang memberikan arahan kepada mereka supaya jangan masuk campur dengan urusan anggota polis lalu meminta mereka keluar dari perkarangan mahkamah tersebut.

Susulan video tersebut tular, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang SAC Mohd Yusri Othman berkata bahawa pihaknya akan membuka dua kertas siasatan terhadap Liu kerana telah menghalang tugas penjawat awam mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan.

Ujarnya lagi, Liu juga akan disiasat mengikut Peraturan 17 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021 jika beliau didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) merentas negeri dari kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), Selangor ke Pahang.

“Walaupun dia sebagai ahli politik yang dibenarkan merentas negeri, namun siasatan terhadapnya akan dibuka bergantung kepada SOP Majlis Keselamatan Negara,” kata Mohd Yusri ketika dihubungi Bernama memetik laporan Astro Awani.

Dalam pada itu, pihak Mahkamah Majistret Raub membenarkan 18 pekebun berusia lingkungan 17 hingga 60 tahun itu direman sehingga hari ini bagi membantu siasatan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) berhubung dengan dakwaan kes menceroboh Hutan Simpan Kekal Batu Talam untuk menanam Musang King secara haram.

Sumber : thevocket

 

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*