Sejak petang tadi, satu video tular di media sosial memaparkan seorang remaja didakwa dalam keadaan longlai selepas menerima suntikan vaksin Covid-19.
Namun memetik laporan Sinar Harian, Timbalan Menteri Kesihatan I, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata, remaja itu didapati lewat tidur malam selain tidak bersarapan sebelum ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Encore Mall, Klebang, Melaka.
Pelajar lelaki berkenaan tiada sebarang masalah kesihatan tetapi gementar ketika suntikan dibuat,” katanya dalam laporan tersebut hari ini.
Dr Noor Azmi berkata, situasi seperti itu boleh terjadi kepada individu yang terlalu risau atau tertekan yang dikatakan ‘syncopal attack’ atau ‘vasovagal syncopy’ dalam istilah perubatan.
Saya akan dapat maklumat lebih terperinci apabila menziarahi pelajar ini esok (Jumaat) jam 8.30 pagi. Apa pun pemeriksaan asas kesihatan perlu dilakukan doktor,” ujarnya.
Difahamkan, pelajar tersebut telah dibenar pulang ke rumah selepas didapati sihat dan selesai melalui proses pemerhatian di PPV berkenaan.
Terdahulu, rakaman video berdurasi 36 saat itu memaparkan remaja terbabit terpaksa dibantu oleh beberapa orang di kawasan letak kereta sebelum dibawa masuk semula ke dalam dewan.
Sumber: Sinar Harian (Tuan Buqhairah Tuan Muhamad Adnan) , Facebook Yusyus Use
Leave a Reply