Remaja & AJK masjid berdamai, minta maaf sungguh2 dengan datuk

Remaja yang dikenali sebagai Daniel Iskandar, 19 sebelum ini tular apabila video dia dimandikan seperti jenazah oleh ahli kariah masjid kerana cuba mencuri tabung masjid menjadi sorotan ramai.

Daniel juga telah dibawa ke balai polis dan pihak mahkamah telah menjatuhkan hukuman 10 hari serta denda sebanyak RM4,000. Walau bagaimanapun, hukumannya telah diganti dengan melakukan khidmat masyarakat selama 120 jam atau enam bulan.

Pertemuan dengan ajk masjid

Disebabkan itu juga, berlaku pelbagai kontroversi selepas kenyataan-kenyataan daripada pihak terlibat disalah tafsir sesetengah individu hingga ada fakta yang mulai ditokok tambah.

Jadi, bagi menjernihkan keadaan, pihak masjid Al Islahiah telah mengadakan pertemuan dengan remaja berkenaan untuk sama-sama berdamai dan membantu Daniel menjadi insan yang lebih baik.

Datuk lihat perubahan sikap cucunya

Menerusi laporan dari Kosmo! Datuk kepada remaja itu, Rosli Sidek, 65 memaklumkan yang dia berasa gembira apabila melihat perubahan yang begitu ketara dalam diri Daniel sejak peristiwa tersebut.

Saya nampak perubahan dalam diri Daniel Iskandar selepas terpalit dengan kejadian cubaan mencuri tabung masjid.”

“Saya bagi pihak cucu saya ingin berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam rundingan ini sehingga ia berjaya mencapai kata sepakat untuk bermaafan antara satu sama lain. jelasnya.

Dah datang jumpa mohon maaf

Dia juga memaklumkan yang remaja berkenaan telah bertemu dengannya dan bersungguh-sungguh memohon maaf diatas apa yang berlaku.

Sebagai seorang datuk, dia sedia memaafkan perbuatan cucunya apabila melihat kesungguhan remaja tersebut memohon maaf dan berubah menjadi lebih baik berbanding sebelum ini.

“Cucu saya juga ada berjumpa dengan saya dan bersungguh-sungguh memohon kemaafan selain tidak mahu mengulangi kesilapan sama.
“Saya sendiri telah memaafkan dia dan nampak perubahannya yang cukup insaf dengan tingkah lakunya sebelum ini,” katanya.

Walau bagaimanapun, Rosli sama sekali tidak mahu menyalahkan mana-mana pihak namun tidak menolak kemungkinan tindakan yang dilakukan oleh cucunya adalah disebabkan terpengaruh dengan segelintir rakan.

“Saya tidak mahu menunding jari kepada mana-mana pihak namun berkemungkinan dia tersalah pilih rakan untuk bergaul.

“Namun semuanya sudah berakhir, tidak perlu untuk mengungkit kisah lama dan jadikan perkara ini sebagai pengajaran,” kata bekas pekerja Utusan di Bangi tersebut.

Setakat ini, Daniel masih diambil oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat dan ditempatkan di sebuah pusat jagaan untuk proses pemulihan.

Sumber: Kosmo! (Muhd Afiq Al-Hafiz Mat Yusof), Instagram Kosmo Online

 

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*