Bekas peserta Mentor Milenia 2017, Ratu Balqis tampil dengan imej baharu iaitu bertudung. Penyanyi berusia 22 tahun itu mengakui dia kini dalam proses menjadi seorang muslimah yang lebih baik.
Menurut laporan mStar Online, Balqis mula mengorak langkah dengan penampilan menutup aurat selepas mengalami mimpi aneh, awal tahun ini.
“Tak mahulah cakap sudah bertudung sepenuhnya kerana saya masih lagi dalam proses belajar, tapi apa yang saya boleh cakap sekarang saya cuba perlahan-lahan belajar menutup aurat.
“Hati saya mula terdetik selepas tiga hari didatangi mimpi yang sama sehinggalah saya terfikir untuk cuba berubah menjadi seorang wanita yang lebih baik,” katanya yang telah memadam gambar tidak menutup aurat di Instagram.
Perubahan pelantun lagu Buaya ini menerima komen dan reaksi positif peminat yang turut teruja dan memuji penampilan baharunya itu selain dorangan dan nasihat daripada ibunya juga antara penyebab dia berubah.
“Alhamdulillah ramai yang puji dan beri kata-kata semangat.. dalam keadaan sekarang ini saya perlukan sokongan semua pihak.
“Banyak lagi yang saya perlu belajar kerana kerana diri ini masih belum sempurna. Doakan saya istiqamah dan kekal dengan imej begini,” jelasnya.
Selain itu, Balqis juga berkata meskipun sudah mula berhijab, bidang nyanyian tidak akan ditinggalkan dan tetap meneruskan kariernya.
Sumber: mStar Online
Leave a Reply