Bagaimana Jenazah RASULULLAH SAW Disolatkan? Ini Jawapan Mufti KL Yang Ramai Tak Tahu

Bagaimana Jenazah RASULULLAH SAW Disolatkan? Ini Jawapan Mufti KL Yang Ramai Tak Tahu

Pernah tertanya siapakah sahabat bertuah yang dapat mandikan jenazah manusia mulia kekasih kita semua Nabi Muhammad SAW. Ini jawapan dari Mufti KL yang ramai tak tahu. Tolong jangan abaikan artikel ni.

Soalan

Assalamualaikum SS Dato’ Seri Mufti. Bagaimanakah cara solat jenazah dilaksanakan ke atas Rasulullah SAW?

Jawapan

Alhamdulillah, pujian dan syukur kepada Ilahi dengan pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas Nabi SAW, keluarga, sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga hari kesudahan.

Solat jenazah disyariatkan dalam Islam sebagaimana disebut dalam banyak nas antaranya, hadis daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata:

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَعَى النَّجَاشِىَّ فِى الْيَوْمِ الَّذِى مَاتَ فِيهِ، خَرَجَ إِلَى الْمُصَلَّى، فَصَفَّ بِهِمْ وَكَبَّرَ أَرْبَعًا

Maksudnya: “Rasulullah SAW bersedih atas kematian al-Najasyi, lalu Baginda keluar ke tempat solat, berbaris bersama-sama sahabat dan bersolat sebanyak empat kali.”

Riwayat al-Bukhari (1188) dan Muslim (951)

Dalam menjawab persoalan di atas, nas daripada kitab al-Muwatta’ menyebut:

وَصَلَّى النَّاسُ عَلَيْهِ أَفْذَاذًا لاَ يَؤُمُّهُمْ أَحَدٌ

Maksudnya: Dan orang ramai mensolatkan Baginda sendiri-sendiri, seorang demi seorang. Tanpa ada seorang pun yang mengimamkan mereka. (Lihat al-Muwatta’, 1/316)

Begitu juga hal ini telah dinaskan oleh Imam al-Baihaqi, iaitu daripada Ibn Abbas, Ibn Sa’d daripada Sahl bin Sa’d dan daripada Ibn al-Musayyib dan lainnya.

Dalam riwayat al-Tirmizi, orang ramai bertanya kepada Abu Bakar R.A: “Adakah kita perlu solat ke atas jenazah Rasulullah SAW?” Maka jawab Abu Bakar: “Ya.” Mereka bertanya: “Bagaimana cara kita solat?” Jawab Abu Bakar: “Satu puak akan masuk. Mereka bertakbir dan solat serta berdoa. Kemudian puak yang lain masuk, mereka bertakbir, bersolat dan berdoa secara perseorangan.”

Daripada Ibn Sa’d, daripada Ali R.A, katanya: “Dia (Rasulullah SAW) adalah imam kamu sama ada pada masa hidup atau mati. Maka tiada seorang pun boleh mengatasinya.” Inilah yang dinyatakan oleh al-Zurqani. (Lihat Awjaz al-Masalik ila Muwatta’ Malik, 8/500)

Syeikh Sofiyyurahman menyebut dalam al-Rahiq al-Makhtum: Orang ramai masuk ke dalam bilik secara bergilir-gilir, sepuluh orang untuk mensolatkan jenazah Rasulullah SAW, tanpa seorang pun menjadi imam. Giliran pertama yang mensolatkan Baginda adalah pihak keluarga, kemudian disusuli oleh orang-orang Muhajirin dan kemudian orang-orang Ansar. Setelah kaum lelaki, giliran kaum wanita yang mensolatkan, kemudian disusuli oleh kanak-kanak.

Semua ini dilakukan sehari penuh, pada hari Selasa, hingga menginjak malam Rabu. Aisyah berkata: “Kami tidak mengetahui penguburan Rasulullah SAW hingga kami mendengar suara cangkul di tengah malam Rabu.” (Lihat al-Rahiq al-Makhtum, hlm. 688)

Ya Allah, kami cintakan kepada rasul-Mu. Jadikanlah kami bersama mereka dalam syurga-Mu! Amin.

Sumber: muftiwp

cara mohon tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.

Terima Kasih Selamat Beramal.

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Cara Mohon.

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*