Hari ini, peminat pelakon jelita Hannah Delisha digemparkan dengan satu berita dimana secara tiba-tiba dia memuat naik posting yang memaparkan dirinya sudah selamat bergelar isteri.
Menurut laporan Kosmo! Online, pengurusnya, Dura Aiman mengakui pemilik nama Hannah Adlina Blackburne Birch itu sememangnya sangat berahsia apabila berkaitan hal peribadi.
“Hannah merupakan seorang yang sangat-sangat menjaga privasi. Hannah akan keluarkan kenyataan media secepat mungkin.
“Macam saya cakap tak semua perkara saya boleh bercakap mewakili pihaknya. Bagi sedikit masa. Hannah dan imam sudah rancang berkahwin sejak lima tahun lepas,” jelasnya.
Selain itu menurut Dura, gambar yang bertebaran di media sosial sekarang bukanlah adegan drama tetapi memang majlis akad nikah Hannah bersama suaminya, Imam Shah.
“Majlis berkenaan ringkas dan kecil serta hanya dihadiri oleh keluarga terdekat saja. Cuma, saya tidak boleh berkongsi lebih lanjut kerana pihak pengurusan tidak terbabit dalam perkara ini.
“Kami dimaklumkan mengenai majlis nikah pada hari ini, cuma menurut Hannah, dia sendiri akan berkongsi butiran lanjut,” katanya.
Sumber: Kosmo! Online (Mohd Haikal Isa dan Farhana Ab Rahman)
Leave a Reply