Ramai terkandas banjir di Pantai Timur, mangsa ‘seru’ Abang Viva datang tolong

Sejak semalam, berita berkenaan banjir di pantai timur khususnya di Kelantan dan Terengganu benar-benar membimbangkan. Mana tidaknya, bencana banjir yang terjdi pada bulan Februari ini merupakan sesuatu yang diluar jangka.

Banyak tempat sudah dinaiki air dan mangsa-mangsa ada yang sudah memanjat bumbung rumah serta bukit berhampiran untuk menyelamatkan diri.

Bantuan bot juga sedang dipergiat namun masih ramai yang belum menerima bantuan.

Abang Viva tak mau tolong ke?

Oleh sebab itu, menerusi media sosial Facebook, ramai yang mulai memetik nama Abang Viva atau nama sebenarnya Azwan Omar untuk tampil membantu mereka yang sedang menghadapi bencana banjir tersebut.

Beberapa akaun Facebook khususnya warga Pantai Timur telah meminta agar Azwan segera membantu mereka yang masih terkandar berikutan air bah yang tiba-tiba meninggi.

Abang Viva dah diseru tu

“Abang Viva tolong kami”

Katanya dah siap2 nak ke tempat banjir

Menjengah ke salah satu posting warganet di Facebook, ada satu tangkapan skrin perbualan menerusi direct message (DM) yang dimuat naik oleh Farah Rusdi memaklumkan Azwan sedang bersiap-siap menuju ke lokasi banjir.

Dia juga dilihat membalas mesej tersebut dengan mengucapkan terima kasih kerana memberikan info berkaitan banjir yang sedang berlaku.

Walau bagaimanapun, setakat ini belum ada sebarang update daripada tuan punya badan menerusi media sosialnya.

Untuk makluman Abang Viva telah diangkat sebagai ‘hero’ susulan menjadi antara individu terawal hadir memberikan bantuan secara sukarela semasa bencana banjir yang melanda Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan tempoh hari.

Dia yang datang dari Melaka dengan membawa Perodua Viva serta bot penyelamat telah membantu ramai mangsa banjir yang terkandas di kediaman masing-masing.

Sumber: Facebook Farah Rushdi, Mohd Effifazlu, Khadijah Ibrahim, Bong Pok Itam

 

 

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*