Hanya mampu terbaring koma sejak 10 bulan lalu, kisah mangsa keganasan rumah tangga Jahidah Nordin sentiasa diikuti netizen yang tidak jemu bagi mengetahui setiap perkembangan mengenai wanita tersebut.
Terbaru, seorang pengguna TikTok tokmazara memuat naik video ketika dia menziarah dan menghulurkan sumbangan buat Jahidah di kediaman kakak mangsa di Sendayan, Seremban.
Video tersebut memaparkan tokmazara yang juga aktif melakukan kerja amal menyampaikan pesanan kepada mangsa yang berusia 43 tahun itu supaya terus kuat selain diiringi doa orang ramai.
@tokmazara #tokmazara. Mangsa dera suami. Doa kan Allah permudahkan segala urusan buat puan jahidah. @ziahzara15 ♬ Suratan Atau Kebetulan – Kenny, Remy And Martin
Bagi tokmazara, dia meminta Jahidah untuk mengelipkan mata sekiranya faham apa yang cuba disampaikan sebelum terkedu dengan reaksi wanita terbabit.
“Jahidah beri respon dengan kenyit mata apa Tok Ma cakap. Allahuakbar, semoga Allah permudahkan segala urusan buatmu. Dah lama terlantar macam ni,” tulisnya dalam video itu.
Jika dilihat, Jahidah beberapa kali bertindak mengelipkan matanya seolah-olah memberi ‘jawapan’ kepada setiap pertanyaan diajukan sehingga mengundang sebak netizen.
@tokmazara #tokmazara. Titip kan doa anda. Agar puan jahidah terus kuat untuk kembali sihat mcm biasa. Semoga Baby Nufail dapat merasa pelukan ibunya@ziahzara15 ♬ Ya Allah – Wali
Video berkenaan menerima 1.1 juta tontonan selain lebih 10,000 komen netizen dimana ramai tersentuh hati apabila melihat reaksi mangsa yang tidak mampu mengeluarkan kata-kata.
Menangis tengok dia kelip mata
Jatuh air mata jantan aku
Sama2 kita berdoa
tokmazaraPada Mei tahun lalu, kisah Jahidah tular di media sosial apabila disyaki dipukul suaminya sehingga parah pada kepala dan tengkoraknya terpaksa dibuang selain rahang, tulang belakang serta rusuk mengalami retakan.
Sumber: TikTok tokmazara
Leave a Reply