Sudah dua tahun pemergian pelawak terkenal, Allahyarham Syed Umar Mokhtar bin Syed Mohd Redzuan atau Abam. Anaknya bersama isteri tercinta Siti Nurhidayah Mohd Ali iaitu Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey sudah pun berusia 3 tahun.
Baru-baru ini, Hidayah telah meluahkan rasa syukur kerana berjaya membeli sebuah kereta jenis Vellfire atas usaha gigihnya berniaga demi keselesaan anak tersayang untuk kemana-mana.
Bawa anak lepas rindu di pusara
Hari ini, balu pelawak tersebut telah berkongsi momen membawa Hamzah ke pusara bapanya di Tanah Perkuburan Islam Jalan Sungai Pusu, Gombak, Kuala Lumpur.
@hidayah_hamzah Abang hari ni sayangg bawak anak Kita datang jumpa abgg 🥲 ‘Kepergianmu membuat diriku mengerti bahawa Rindu yang paling menyakitkan adalah rindu orang yang telah Tiada’.. Al-fatihah suamiku Tercinta Syed Umar Mokhtar ❤️ kau tetap dihatiku selamanya cinta syurga ❤️🤲…#alfatihah #cintasyurga #kitabaikramaisayang #dieyabeauty #anakibuayah #doakudisetiapsujudku #sabundaunsukunhidayahabam ♬ Takkan Pisah – Wali
Abang hari ni sayangg bawak anak Kita datang jumpa abgg…
“Kepergianmu membuat diriku mengerti bahawa Rindu yang paling menyakitkan adalah rindu orang yang telah Tiada..
Al-fatihah suamiku Tercinta Syed Umar Mokhtar ❤️ kau tetap dihatiku selamanya cinta syurga…” tulis Hidayah.
Perkongsian tersebut pastinya membuatkan warganet berasa hiba melihat anak kepada Allahyarham Abam yang kini mulai membesar tanpa kehadirannya di sisi.
Dapat dilihat juga Hidayah mencium batu nisan yang tertera nama arwah suami bagi melepaskan rindu setelah pemergiannya kira-kira dua tahun lalu.
Perkongsian tersebut pastinya membuatkan warganet berasa hiba melihat anak kepada Allahyarham Abam yang kini mulai membesar tanpa kehadirannya di sisi.
Dapat dilihat juga Hidayah mencium batu nisan yang tertera nama arwah suami bagi melepaskan rindu setelah pemergiannya kira-kira dua tahun lalu.
Sebak rasa tengok video ni
Menjengah ke ruangan TikTok, ramai yang meninggalkan komen dengan berasa sebak melihat video terbabit. Lebih-lebih lagi apabila sosok wajah Hamzah hampir mirip dengan Abam ketika masih hidup.
Mereka juga akui merindui pelawak tersebut walaupun tidak pernah mengenali allahyarham secara dekat dan amat mengagumi bakatnya yang pernah menghiburkan kita semua suatu masa dahulu.
Sumber: TikTok hidayah_hamzah
Leave a Reply