Wajah anak dikritik tidak comel, ramai peminat tampil ‘back up’ Mawar Rashid

Baru-baru ini, pelakon jelita Mawar Rashid berkongsi beberapa keping gambar anak perempuannya, Raden Seri Rosabella Cinta yang kini berusia dua bulan untuk tatapan para peminat di laman sosial Instagram.

Anak ‘mommy’ atau anak ‘daddy’?

Menerusi gambar-gambar tersebut, Mawar dilihat tersenyum gembira saat memegang dan mendukung anaknya yang memakai baju berwarna merah jambu bersama reben comel di kepala. Aww. Comel sangat!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MAWAR RASHID (@mawarashid)

Tidak dinafikan lagi, ramai peminat yang teruja melihat perkongsian pelakon berusia 26 tahun itu dan memuji kecomelan bayinya. Malah, ada yang menyatakan pendapat anaknya itu mirip bapanya, Raf Yakob.

Komen tidak berasas

Namun dalam ramai yang memuji, ada seorang netizen yang kurang sopan men1nggalkan komen tidak berasas mengkr1tik wajah kedua-dua anaknya, Raden Rosabella serta anak lelaki Mawar iaitu Raden Muhammad Rafael yang disifatkan tidak secantik dan setampan ibu bapa mereka.

“Kenapa anak dia dua-dua tak comel padahal ‘mommy daddy’ cantik dan ‘handsome’,” tulis netizen itu di ruangan komen.

Budak pun nak ‘body shaming’ ke?

Berikutan komen negatif daripada netizen berkenaan, ramai peminat dan pengikut Mawar tampil mempertahankan anak-anak Mawar Rashid. Mana tidaknya, masing-masing masih kecil lagi. Tiada hati perut sungguh kritik ciptaan Allah!

Baby semua comel

Bawa mengucap sebelum mengh1na

Kecil hati Mawar kalau baca komen

Kalau tiada benda baik nak diluah, lebih baik diam

Mawar berkahwin dengan suami, Raden Ahmad Faizal Yaakob yang juga merupakan adik kepada penyanyi dan cef selebriti terkenal, Fazley Yaakob pada 9 November 2017.

Hasil perkahwinan, Mawar dikurniakan dua cahaya mata iaitu Raden Muhammad Rafael dan Raden Seri Rosabella Cinta manakala dua lagi adalah anak tirinya.

Sumber: Instagram Mawar Rashid

 

 

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*