Belakangan ini, video perkongsian nota pelajaran bertulisan cantik menjadi tvlar di aplikasi TikTok di mana rata-rata netizen memuji kesungguhan penulis yang begitu kreatif dalam menghasilkan nota berwarna-warni tersebut.
Namun siapa sangka, paparan nota ringkas pelajaran yang mencvri perhatian n3tizen itu sebenarnya merupakan hasil kerja seorang pelajar lelaki berasal dari Malaysia
@hyekalafqfinally finish my homeworkk π€Έ #fyp #fypγ·β¬ original sound – ππ’π³π¦π©πͺππ« βπ―πΆππππΆ
Memetik temubual mStar, pemilik tulisan dan nota-nota tersebut yang bernama Mohammad Haikal Afiq Mohammad Hussin berkata dia mula menulis nota-nota kreatif sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan pada tahun lalu.
Menurutnya lagi, dia mendapat inspirasi menerusi kreativiti pelajar-pelajar Indonesia yang sering menulis nota ringkas dan berkongsi di Instagram serta TikTok.
βMasih kurang pelajar Malaysia menghasilkan nota-nota ringkas yang kreatif sebegini. Jadi, saya mencuba untuk diri saya sendiri dan memberi inspirasi kepada orang lain, termasuk buat tutorial di TikTok.
βKebanyakan nota ringkas yang saya hasilkan adalah untuk mata pelajaran Kimia, Biologi dan Fizik mengikut topik dan subtopik,β katanya kepada mStar.
Dalam pada itu, dia menegaskan tindakannya itu bukan sekadar suka-suka tetapi dia melakukannya untuk memahami apa yang dipelajari setiap hari dan sebagai inspirasi kepada pelajar lain juga.
Mesra disapa Haikal, pelajar itu menjelaskan dia akan mememahami topik atau subtopik terlebih dahulu sebelum mengambil masa selama satu jam untuk menghasilkan dua muka surat nota setiap hari.
βBiasanya saya buat awal pagi sebelum Subuh, sekitar pukul 4 pagi hingga 5 pagi. Tapi ada juga saya buat selepas selesai ulangkaji pelajaran, antara pukul 11 malam hingga 12 tengah malam,β ujar remaja berusia 16 tahun itu.
Meskipun sering dihujani pujian daripada netizen, Haikal turut mendedahkan pernah menerima kritikan daripada netizen yang mengatakan βtulis cantik-cantik tapi kalau tak baca tak guna jugaβ.
Akui berasa tersinggung degan kenyataan tersebut, bagaimanapun Haikal tidak patah semangat dan tetap berusaha keras.
βDulu keputusan peperiksaan saya setakat dapat 5A sahaja. Tapi sejak biasakan diri tulis nota ringkas yang lebih menarik, saya mudah faham dan keputusan saya sekarang dapat 8A,β lvahnya yang bercita-cita menjadi pakar dermatologi.
Baginya, komen-komen negatif tidak boleh dihentikan akan tetapi, setiap manusia perlu buktikan bahawa mereka boleh melakukan yang terbaik.
Sumber: TikTok hyekalafq, mStar Online (Iwan Shu-Aswad Shuaib)
Leave a Reply