Pendedahan yang dibuat oleh pelakon remaja, Puteri Balqis di podcast Bros Gang telah mendapat liputan meluas.
Ketika ini, isu tersebut telah menjadi kes polis selepas dia membuat laporan tentang gangguan yang dikatakan dibuat oleh bapa kandungnya sewaktu kecil.
Bapanya juga disahkan telah ditahan semalam di Kedah dan akan direman sehingga 12 September.
View this post on Instagram
Digugurkan dari drama
Memetik laporan dari Boom! Malaysia, ibu kepada Puteri Balqis memaklumkan yang anaknya telah digugurkan dalam satu projek drama di salah sebuah stesen televisyen swasta.
Tawaran kerja tersebut melibatkan 14 episod drama dan ia ditarik balik susulan isu viral yang menimpa pelakon terbabit.
“Sedih untuk beritahu, tawaran kerja untuk sebuah stesen televisyen swasta sebanyak 14 episod ditarik balik. Biasalah kes tengah viral.”
Bimbang juga jualan buku menurun
Tambah Norashikin Mohd Aziz atau Ashikin, mereka juga bimbang penjualan buku yang ditulis sendiri oleh Aqish iaitu 38 Poems of Puteri Balqis.
“Saya juga bimbang jualan buku juga akan perlahan,” ujarnya.
Walaupun bimbang pendapatan akan terjejas dan bagaimana kelangsungan hidup mereka kedepannya, Ashikin tetap percaya dengan rezeki yang sudah ditetapkan kepada mereka dua beranak.
“Saya risau, tetapi kami dikelilingi orang-orang yang baik dan amat membantu. Itu sudah memadai untuk saya terus kuat,” katanya optimis.
Terdahulu, Puteri Balqis telah digugurkan dari pengambaran sebuah drama disebabkan pendedahan yang dibuat kepada Bros Gang mengenai gangguan seksual yang dilakukan oleh bapa ketika kecil.
Dia juga telah membuat laporan polis di Balai Polis Sri Damansara, Petaling Jaya Selangor pada Isnin lalu dan bapanya telah ditahan untuk membantu siasatan berhubung kes tersebut.
Sumber: Boom! (Melly Mill)
Leave a Reply