Konsert Dewa 19 yang berlangsung dua hari berturut-turut di Axiata Arena Bukit Jalil sememangnya menjadi menjadi bualan ramai.
Mana tidaknya, sebelum ini beberapa pihak telah menyelar tindakan penganjur yang mengadakan konsert-konsert artis luar kerana dilihat boleh membawa implikasi buruk kepada masyarakat Islam
Tak pula ‘sentuh’ konsert Dewa 19
Antara yang menyelar penganjuran konsert adalah PU Syed dimana dia secara terang-terangan membantah kehadiran artis luar untuk menjayakan konsert.
Walau bagaimanapun, konsert Dewa 19 yang berlangsung pada 9 dan 10 September itu tidak pula ‘disentuh’ olehnya dan ia membuatkan netizen memerli pendakwah bebas itu.
Bukan tugas pendakwah sahaja tegur kemungkaran
Susulan daripada itu, PU Syed telah memuat naik perkongsian menjawab perlian-perlian tersebut dengan mengatakan tugas menegur kemungkaran bukanlah terletak ditangannya sahaja.
View this post on Instagram
“Ambe takde daya nak cegah…dan tidak juga bekerja untuk mencari mana-mana konsert yang akan dibuat di Malaysia.”
“Toksah double standard dalam menegur dan membantah…”
“Ambe berulang kali dah sebut….Mana-mana amal perbuatan yang mungkar dan mendatangkan dosa wajib dicegah dan ditentang,” tulisnya.
Kemungkaran wajib dicegah
Menurutnya, setiap kemungkaran dan perkara-perkara yang mendatangkan dosa wajib dicegah dan ditentang.
Di juga menegaskan bukan kerjanya untuk mencari mana-mana konsert dan memberikan teguran memandangkan ia merupakan tanggungjawab bersama lebih-lebih lagi sesama Islam
Terdahulu, PU Syed telah memuat naik beberapa teguran dan menggesa pembatalan konsert dari artis luar negara seperti Blackpink, Justin Bieber, NOAH dan banyak lagi.
Dia juga mengatakan akan membuat himpunan andai pihak penganjur masih keras mengadakan konsert tersebut di Malaysia.
Sumber: Instagram PU Syed
Leave a Reply