Sebelum ini, tular di media sosial berkenaan isu seorang posmen dipercayai mencederakan seekor anjing yang berada di dalam pagar dengan melastik kepalanya.
Tak lama setelah itu, menerusi perkongsian daripada selebriti dan juga pelawak terkenal, Shahro Shiro, posmen yang dikenali sebagai Dollah telah datang menemui Mr. Siva iaitu pemilik anjing tersebut untuk meminta maaf.
View this post on Instagram
Posmen akan bertugas semula
Mereka dilihat duduk semeja dan berbincang dengan baik bagi menyelesaikan perkara terbabit. Posmen itu juga dengan seikhlas hati memohon maaf dan menyedari kesilapannya.
Sebentar tadi, Shahrol sekali lagi berkongsi maklumat apabila Mr. Siva dan isterinya Puan Magesh telah menarik balik laporan polis yang dibuat atas tindakan posmen berkenaan di mahkamah.
View this post on Instagram
Ngeteh sama2
Lebih menggembirakan, posmen itu juga akan kembali bertugas tidak lama lagi dan segala permasalahan dianggap selesai.
Hal ini dikhabarkan oleh Mr. Siva dan Dollah dalam pertemuan mereka pagi tadi apabila Shahrol mendapat panggilan telefon dari pemilik anjing itu untuk ‘ngeteh’ bersama-sama mereka.
Terima kasih Shahrol!
Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah mengucapkan rasa syukur diatas khabar gembira ini.
Mereka juga berasa terharu diatas kerendahan hati kedua-dua pihak yang sama-sama mencari jalan penyelesaian tanpa memperbesarkan lagi kes.
Terbaik, ini baru 1 Malaysia
Alhamdulillah dapat diselesaikan dengan cara baik
Sumber: Shahrol Shiro
Leave a Reply