PKP di 6 negeri bermula 13 Januari ini selama dua minggu

Kerajaan memutuskan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk tempoh dua minggu dari 13 hingga 26 Januari ini.

Mengumumkan perkara itu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata keputusan melaksanakan PKP adalah berikutan kes Covid-19 yang kini mencecah empat digit.

Bagaimanapun, PKP hanya dilaksanakan ke atas enam buah negeri iaitu Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan), Melaka, Johor dan Sabah.

Selain itu, PKP Bersyarat (PKPB) turut dikenakan ke atas enam enam buah negeri iaitu Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Kelantan.

PKP Pemulihan (PKPP) juga akan dilaksanakan bagi negeri Perlis dan Sarawak dan akan diteruskan sepanjang tempoh tersebut.

Tonton perutusan khas:

Sumber: Buletin TV3

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*