Petua Buat puding laici berkuah yang sedap
Buah laici ne kalau buat apa pun semuanya sedap. Makan begitu sahaja pun sedap. Lebih-lebih lagi dengan musim pengakhiran tenkujuh ne, taburan hujan makin kurang dan cuaca makin panas. Kalau cuaca panas macam ne memang sesuai sangatlah buat puding ni. Letak dalam peti ais dan makan sejuk-sejuk perhh memang nikmat dan lazat. Anak-anak pun pasti suka. Jom min Musang Live nak kongsikan resepi ne kat korang hasil perkongsian dari saudara Mariana Zainal. Pasti terliur.
Resipi Puding Laici Berkuah
BAHAN-BAHAN:
- 10gm serbuk agar-agar
- 8 cawan air (empunya resipi sukat guna cawan kopi)
- 1 3/4 cawan gula pasir
- 1 tin susu cair
- 2 tin laici tin
KAEDAH MEMASAK:
- Masak air bersama gula hingga mendidih.
- Masukkan serbuk agar-agar dan 1/2 cawan air laici tin. Bila mendidih, masukkan susu cair. Bila mendidih sekali lagi, padamkan api.
- Masukkan larutan puding ke dalam jug supaya mudah nak tuang dalam bekas plastik. (empunya resipi guna bekas plastik sQ250).
- Tuang puding ke dalam bekas. Bila dah mula mengeras, taburkan buah laici yang telah dicarik-carik atas puding tadi.
- Bila puding dah betul-betul mengeras, bolehlah tuang lebihan air laici tin tadi di atas permukaan puding.
- Simpan puding di dalam peti sejuk seketika sebelum dinikmati.
Jika suka artikal kami, Jangan lupa Like dan Share komen artikal kami Di Fb Musang Live.
Kredit resipi & foto: Mariana Zainal
Leave a Reply