Perut nampak berisi, netizen dakwa Puteri Sarah hamil anak ketiga?

Tindakan pelakon Puteri Sarah Liyana berkongsi foto dirinya di laman Instagram menarik perhatian ramai apabila didakwa sedang berbadan dua.

Menerusi sebuah hantaran, pelakon berusia 37 tahun itu mengenakan pakaian berwarna krim dan tudung merah jambu dengan menulis kapsyen berbentuk pertanyaan kepada pengikutnya.

“Hey, saya ada soalan. Adakah masa depan awak akan berterima kasih atau kecewa dengan tindakan yang dilakukan awak pada hari ini?

“Saya? Saya mahu berterima kasih pada diri saya kerana mempercayai diri sendiri,” tulis pemilik nama Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin itu.

Bagaimanapun, apa yang menarik perhatian adalah bahagian perutnya yang dilihat sedikit berisi sekali gus menimbulkan pelbagai spekulasi dalam kalangan netizen.

Segelintir individu meluahkan rasa syukur dan tumpang gembira sekiranya benar pelakon drama Suri Hati itu sedang hamil anak ketiga.

Alhamdulillah kalau betul

Nampak ‘baby bump’

Namun begitu, Sarah tidak membiarkan orang ramai tertanya-tanya apabila memaklumkan bahawa dia memilih untuk kelihatan lebih berisi berbanding keadaan fizikal yang kurus.

“Tak nak diet nanti badan sekeping macam batang mop! Biar berisi tembam,” ulas Sarah dalam salah satu pertanyaan netizen.

Kena cukup makan, jaga anak aktif – Sarah

Untuk rekod, dia berkahwin dengan pengarah popular Syamsul Yusof pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam serta Sumayyah.

Sumber: Instagram Puteri Sarah Liyana 

 

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*