Pertama kali dapat hadiah rantai emas besar, ibu menangis terharu peluk erat anak

Saat kita dilahirkan, ibu dan ayah merupakan orang pertama yang bergembira dengan kelahiran kita.

Pahala yang melimpah ruah membuatkan ramai anak tidak kisah untuk berhabis duit dengan cara memberikan hadiah istimewa kepada kedua-dua orang tua mereka, sama seperti kisah seorang wanita ini.

Baru-baru ini, wanita bernama Fathin Amira ada berkongsi video di aplikasi TikTok menunjukkan dirinya dan suami berkunjung ke sebuah kedai emas untuk membeli seutas rantai baru buat ibu tersayang.

Rantai emas besar buat ibu tersayang

Menurutnya, niat murni itu telah lama disimpan kerana masih belum ada rezeki namun akhirnya tertunai juga.

Nampak rantai emas, ibu terus menangis dan peluk anak

Sebaik si ibu melihat kotak yang berisi barang kemas berkenaan, dia terus terkedu dan secara serta-merta mendakap anak lelakinya dengan penuh erat.

@myraedora15Rzki seorang ank utk mak😭sebak tgok mil sedih trhaquu aihhh moga rzki suami ku makin brtambah hppykn maknya amin🤲🏻 #rezeki_allah #supprisegift #fyp

♬ original sound – HARI❤️ – Founder hariday💖

Malah, tangisannya juga kedengaran semakin kuat sewaktu anaknya merungkai rantai tersebut yang sudah berpintal.

Sebak, meleleh air mata tengok video

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berasa sebak melihat reaksi warga emas itu dan dalam masa yang sama mereka mendoakan kedua-dua suami isteri agar terus dimurahkan rezeki.

Semoga anak murah rezeki bahagiakan ibu

Harta boleh dicari, kasih sayang tak dapat dijual beli

Sumber: TikTok myraedora15

 

 

 

 

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*