Pernah bandingkan Dajj4l dgn degree, kali ini Zul sekolahkan KJ dan KKM pula

Bekas pelakon Zul Yahya nek4d memberhentikan anak-anaknya daripada sekolah demi memberikan pendidikan agama yang lebih mendalam sebagai bekal ke akhirat.

Jelas Zul, dia tidak menid4kkan sistem persekolahan di Malaysia sebaliknya percaya pada ketentuan qada’ dan qadar serta rezeki Allah.

Saya dan isteri berpakat ini jalan yg terbaik. Hari ini bukan zaman nak kejar anak dapat berapa A tapi ilmu akhirat yang masih lagi nipis.

“Mereka memang sudah diberhentikan sekolah. Apa yang dipentingkan adalah ilmu agama. Dalam agama pasti ada kejayaan, bukan di akhirat tetapi di dunia lagi,” kata Zul Yahya dalam sesi siaran langsung di Facebook baru-baru ini.

Zul yang mendirikan rumah tangga bersama Siti Raihan Mohd Rodzi mempunyai enam cahaya mata dan tiga daripadanya perempuan.

“Ada yang tanya anak-anak nak makan apa nanti? Tak kasihankan anak-anak? Saya percaya pada qada dan qadar. Yakin pada rezeki.

“Dunia semakin tua takkan tak nampak, sistem yang datang kepada kita hari ini luar biasa dan ramai yang rasa boleh hidup lama.

“Saya sendiri sudah berusia 50 tahun, apa akan jadi pada 50 tahun akan datang. Bagaimana agama dalam diri anak-anak kita? Mampukah degree dan master menyelamatkan mereka daripada d4jjal?” soalnya lagi.

Terdahulu, Zul berkongs1 pandangannya untuk tidak meneruskan persekolahan anak-anaknya di Instagram dan Facebook hingga mencetu.skan pelbagai ker4guan dan prov0kasi.

“Kami ibu bapa berhentikan anak-anak kami dari sekolah bukan kerana tak ambil berat masa depan mereka tapi kami nak anak-anak kami lebih berjaya di akh1rat kelak. Insya-Allah.

“Ilmu akhirat itu lebih penting dari segala-gala ilmu,” tulisnya hingga ditudu.h sebagai ekstrimis agama.

Mengambil contoh daripada dirinya sendiri yang tidak punyai sijil persekolahan, Zul meneg4skan rezeki akan mencurah-curah sekiranya tidak put.us usaha.

“Sijil pada anak-anak pun belum tentu berikan kehidupan. Saya pun SRP tak ada, menulis pun tak pandai tapi Allahuakbar, Allah bagi rezeki macam-macam bentuk.

“Yang penting usaha, kalau ada sijil tapi m4las tak guna juga.

“Kita bukan nak tol4k dunia, tapi dunia ini untuk jambatan ke akhirat. Harus ditekankan pendidikan agama betul-betul dalam kehidupan anak-anak,” katanya yang turut menganggap modul pembelajaran di sekolah ‘tungg4ng-terbalik’.

video

sumber:trending kini

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*