Permaisuri Selangor hadiahkan rantai berlian buat anak Fazura

Anak kepada pasangan selebriti Fattah Amin dan Fazura baru sahaja menyambut ulang tahun kelahiran yang pertama. Fatima Aisya yang terlihat ceria di majlis hari lahirnya menerima pelbagai ucapan dan kiriman doa menerusi Instagram ibu bapanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Fazura (@missfazura)

Namun begitu, perkongsian Fazura di InstaStory miliknya baru-baru ini telah menarik perhatian ramai apabila memuat naik hadiah yang diterima oleh Fatima daripada Permaisuri Selangor, Permaisuri Norashikin Binti Abdul Rahman.

Menerusi InstaStory tersebut, pelakon cantik itu mengakui terkejut apabila anaknya dihadiahkan seutas rantai berjenama dengan loket berhuruf F sempena hari lahir pertama Fatima.

Dalam kad ucapan yang dikirim Tengku Permaisuri Selangor, baginda memberi ucapan istimewa buat si comel.

“Dear Fatima, you deserve all the love and happiness in the world! Happy birthday”

“Kepada Fatima, awak layak menerima semua cinta dan kebahagiaan di dunia. Selamat hari jadi,” tulis Permaisuri Selangor .

Sehubungan dengan itu, Fazura menjunjung titah mengucapkan ribuan terima kasih kepada baginda Permaisuri Selangor diatas kurniaan tersbut.

Pelakon berkenaan juga turut mendoakan agar baginda Permaisuri dan terus dikurniakan kebahagian di dunia dan akhir.

Sumber: Instagram Fazura

 

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*