Penyewa biadap Sendiri tak bayar sewa 3 bulan, tuan rumah pula dikunci dari luar

Isu penyewa rumah dan pemilik rumah kerap menjadi perbualan netizen di media sosial. Ada sahaja cerita tidak enak berkenaan penyewa yang dilihat agak keterlaluan seperti tidak membayar sewa atau sengaja melakukan kekotoran.

Penyewa buat hal

Namun, dalam satu perkongsian yang dibuat oleh pemilik akaun TikTok dikenali sebagai Kamil Hakimi, dia telah berkongsi keadaan seorang wanita yang dianiya penyewa dirumahnya apabila dikurung selepas kunci rumah ditukar penyewa.

@kimiechannelOwner rumah dikunci oleh penyewa disebabkan tak dapat bayar sewa. Bahaya sekarang ni gaiss.! #abangbomba #bombamalaysia #youtubermalaysia ##fyp #fypシ

♬ orijinal ses – ponciklendin

Tukar kunci ketika owner tidur

Menerusi cerita daripada wanita yang mengakui dirinya sebagai pemilik rumah, penyewa tersebut sudah 3 bulan tidak membayar sewa.

Akan tetapi, masih lagi tinggal bersamanya di dalam rumah tersebut kerana menyewa salah satu bilik di dalam kediaman itu menyebabkan wanita berkenaan terpaksa mengambil keputusan menukar mangga baru sebagai amaran buat penyewa.

Namun, ketika pemilik rumah pulang dari kerja dan memasuki rumah, mangga kunci telah ditukar tanpa sedar berkemungkinan pada waktu malam semasa penghuni sedang tidur.

Jadi, pemilik rumah telah terkurung di dalam rumah tersebut dan terpaksa menghubungi pihak bomba bagi memecahkan mangga untk membolehkan keluar.

Naya orang yang dekat dalam tu

Tindakan biadap penyewa ‘derhaka’ itu benar-benar menbuatkan netizen geram dan meninggalkan komen di ruangan TikTok Kamil Hakimi.

Rata-rata daripada mereka terkejut mengetahui wujud penyewa seperti itu yang menyusahkan tuan rumah sedangkan dia yang tidak membayar sewa ketika tinggal di bilik tersebut.

Zaman sekarang dah terbalik

Agak2 la nak buat macam tu, fikir nyawa orang

Kesian dekat owner

Bahaya, nasib penyewa tak buat benda buruk

Sumber: KamilHakimi_47

 

 

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*