Banting: Penyanyi lagenda, Roy dimasukkan ke wad di Hospital Banting, di sini, tengah malam tadi ak1ib4t sesak nafas.
Roy, 57, atau nama sebenarnya Mohammad Rauzan Alwi berkata, hasil pemeriksaan terdapat j4ngk1itan kuuman pada paru-paru.
“Pada mulanya saya mengalami seesaak nafas. Jadi, saya ke klinik swasta untuk dapatkan rawatan. Namun, doktor yang bertugas mencadangkan saya untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut di hospital berdekatan.
“Disebabkan itu, saya terus ke Hospital Banting. Saya fikir hanya sesak nafas biasa, tapi hasil pemeriksaan saya dimaklumkam terdapat jangkitan kuman pada paru-paru. Saya terus dimasukkan wad untuk rawatan lanjut.
“Sekarang ini pun saya masih rasa sesak nafas. Nak bercakap banyak pun tak larat sangat. Memandangkan ia adalah jangkitan kuman, jadi perlukan rawatan segera. Cuma tidak tahu berapa lama akan ditahan,” kata penyanyi lagu Kau Ratnaku dan Diari Mimpi itu kepada Harian Metro.
Dalam masa sama, Roy yang juga bekas peserta program Gegar Vaganza musim keenam berkata, dia turut menjalani ujian saringan Covid-19.
“Semalam saya juga sudah buat ujian saringan dan masih menunggu keputusan. Kalau positif, saya akan dihantar ke Hospital Sungai Buloh pula. Tapi harapnya tidaklah.
“Ini kali pertama saya kena. Sebelum ini tidak pernah. Malah, saya juga tidak ada sebarang penyakit kronik. Apa pun, doakan semoga saya diberikan kesembuhan segera,” katanya.
Sebelum ini penyanyi era 90-an Roy berkata minat untuk bergelar seorang pendidik menjadi pendorong untuk dia bergelar pensyarah vokal kumpulan koir di pelbagai institusi pengajian tinggi dan agensi kerajaan sejak lima tahun lalu.
Roy atau nama sebenarnya Mohammed Rauzan Alwi, 48, berkata selain minat yang mendalam, peralihan kepada cabang pendidikan itu turut disebabkan senario industri muzik tanah air yang tidak menentu.
Kalau diikutkan saya memang suka mengajar. Sebab itu, saya berkembang kepada cabang pendidikan apabila industri muzik tanah air menjadi tidak menentu sejak hampir 10 tahun lalu.
Kini saya bertugas sebagai pensyarah vokal untuk kumpulan koir di Universiti Kebangsaan Malaysia sejak tiga tahun lalu, selain beberapa agensi kerajaan secara separuh masa,” katanya.
Penyanyi yang pernah popular dengan lagu Kau Ratnaku pada 1992 itu ditemui mStar Online pada majlis sumbangan Hari Raya anjuran Persatuan Karyawan dan Yayasan Tabung Amanah Muhibah (TAMU) di sini, malam Selasa lalu.
Ditanya adakah peralihan kerjaya itu petanda dia sudah berhenti menyanyi, Roy berkata sehingga kini dia masih menerima pelbagai undangan nyanyian secara konsisten.
Saya akan terus menyanyi selagi ada hayat. Alhamdulillah, permintaan terhadap saya masih ada dan konsisten. Cuma, saya tidak muncul di media dan tiada publisiti.
Bagaimanapun, saya sedang menyiapkan album terbaru yang dijangka keluar pada awal 2013. Empat lagu sudah siap dan saya mencari enam lagu lagi,” katanya.Mengenai sambutan Aidilfitri, bapa kepada tiga anak ini berkata, dia sekeluarga bakal pulang ke kampung halaman di Johor Bahru, Johor selama dua hari.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Cara Mohon.
Leave a Reply