Pensyarah maut akibat Covid-19, kenalan dan anak didik luah rasa hiba

Pemergian seorang pensyarah Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) yang meninggal dunia akibat wabak Covid-19 mengundang sebak rakan setugas dan para pelajar Allahyarham.

Menerusi laman Facebook, pihak pengurusan UNIMAS mengucapkan takziah buat keluarga mangsa iaitu arwah Iran Amri Musoddiq dan mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat.

“Arwah berasal dari Dumai, Riau, Indonesia meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak. Beliau merupakan pensyarah muzik yang telah berkhidmat selama 6 tahun di UNIMAS,” tulis posting tersebut.

Lebih mesra dipanggil Pak Iran, Allahyarham mempunyai bakat dalam seni gubahan muzik dan lagu malah disenangi orang ramai dengan perwatakan mesra serta tutur kata yang lembut.

‘Timeline’ Facebook milik Allahyarham yang berusia 40 tahun itu turut dipenuhi posting daripada kenalannya yang membuat dedikasi sayu atas pemergian tersebut.

Terdahulu, Allahyarham yang berasal dari Riau, Indonesia menjadi korban ke-41 (kes ke-1275) dirawat di Hospital Umum Sarawak pada 20 Mac sebelum disahkan meninggal dunia semalam jam 1.38 pagi.

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*