Kreativiti seorang peniaga yang menyertai satu pameran kereta di MAEPS, Serdang bawa padah selepas dia ditahan polis, semalam.
Berdasarkan laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, lelaki berumur 43 tahun yang berniaga aksesori kenderaan ditahan pada jam 10.30 malam selepas kereta terbabit viral di TikTok dan beberapa platform media sosial yang lain.
Kalau la R32 Skyline jadi kereta Polis. Confirm orang tak berani buat hal hoiii 🤣🤣🤣#artofspeed #r32 #polis #pandulajudotcomdotmy pic.twitter.com/rgkg32jamW
— PanduLaju (@pandulaju) July 2, 2022
Katanya, penahanan dilakukan pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis (IPD) Sepang selepas melakukan pemerhatian di pusat pameran itu dan merampas kereta jenis Nissan Skyline R32 yang mempunyai lambang dan corak menyerupai kenderaan polis.
“Kenderaan terbabit mempunyai cukai jalan lengkap dan digunakan oleh pemiliknya. Pemilik kenderaan telah dibebaskan pada 12 tengah malam dengan jaminan polis dan kes disiasat mengikut Seksyen 89 Akta Polis 1967 kerana memiliki barangan yang dibekalkan kepada pihak polis untuk melaksanakan tugas,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sumber : thevocket
Leave a Reply