Kuasa Allah Dulu tvlar suami h1lang 1ngatan, kini sihat selepas 5 tahun terlant4r

“Macam tak percaya Allah bagi peluang kedua. Doktor jangka dulu pun dapat hidup enam bulan je, tapi kuasa Allah SWT,” tulis Siti Rohayu Ibrahim.

@sitirohayu303macam tak percaya Allah bagi peluang kedua😭doktor jangka dulu pun dapat hidup 6bulan je, tapi kuasa Allah… #fyp♬ original sound – zando – Zando

Siti Rohayu adalah isteri kepada Muhamad Ridhwan Mohd Zaki, lelaki yang hilang ingatan akibat kemalangan jalan raya pada 2017.

Sebelum ini, pengorbanan wanita berusia 31 tahun itu sering menjadi perhatian netizen kerana keperitan dan ketabahan menjaga suaminya selain dua anak mereka yang kecil.

Kini, selepas lima tahun, tiada apa mampu diungkapkan selain luahan syukur dengan keajaiban dikurniakan Allah SWT apabila melihat suaminya yang berusia 30 tahun itu mula beransur sihat seperti biasa.

@sitirohayu303Orang tak kan Rasa ape yang kami Lalui😭 Ya Allah… kuatkah aku??? Tak mampu lagi berjuang seorang diri…♬ original sound – Pijah Mohamad 🇲🇾 – MMC MASAKMASAKCEKYANA

Menerusi platform TikTok, Siti Rohayu berkongsi beberapa video mengenai kesihatan suaminya yang dilihat mula menunjukkan perkembangan positif sejak akhir tahun lalu.

Koleksi video lain memaparkan Muhamad Ridhwan sudah boleh bertutur secara perlahan-lahan dengan bergurau senda bersama isterinya selepas beberapa tahun terlantar ‘membisu’ tanpa kata.

Tidak pernah jemu mengembalikan ingatan suaminya, pengorbanan Siti Rohayu meraih pujian ramai yang disifatkan satu dalam sejuta kerana tidak berputus asa dalam menjaga pasangan hingga ke akhir hayat.

Malah, rata-rata turut tumpang gembira melihat daya ingatan Muhamad Ridhwan kembali pulih serta keadaan fizikal yang sihat sekali gus bersyukur dengan kebesaran Allah SWT.

@sitirohayu303Pengubat Duka Lara🥺 Tak pernah putus asa membuat mu sihat dan bahagia❤️ #fyp #fypシ #fy♬ bunyi asal – Siti Rohayu

Anda dah baca? Jangan lupa komen, Like dan share ya. terima kasih

Sumber: TikTok @sitirohayu303

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*