Bagi membendung penularan wabak Covid-19 yang melanda seluruh dunia, banyak negara telah mengambil inisiatif bagi memberikan suntikan vaksin kepada rakyat mereka.
Hari ini, seorang ulama terkemuka berasal dari Zimbabwe iaitu Ismail ibn Musa Menk atau lebih dikenali ramai sebagai Mufti Menk telah menerima suntikan pertama vaksin Covid-19 jenis Sinopharm.
Perkara tersebut dikongsi tokoh agama berusia 45 tahun itu menerusi sebuah video pendek yang dimuat naik olehnya di laman Instagram muftimenkofficial
“Bismillah. Suntikan pertama Sinopharm. Semoga Allah SWT melindungi kita semua dari Covid-19 dan virus, wabak serta penyakit lain,” tulisnya di ruangan kapsyen posting.
Berikutan itu, posting berkenaan menerima ribuan komen warganet serata dunia yang berasa teruja dan turut mengaminkan doanya tersebut.
Semoga Allah melindungi Mufti Menk
Amin! Jaga diri
Bukan itu sahaja, ramai yang memuji tindakan seorang ulama seperti Mufti Menk yang tampil divaksin. Dia menyifatkan perkara itu sebagai satu contoh yang baik kerana sudah terlalu banyak konspirasi dan teori tidak benar tersebar dalam kalangan umat Islam berkenaan vaksinasi.
Banyak sangat teori & konspirasi
Bagaimanapun, masih ada segelintir golongan ‘antivaksin’ tidak berpuas hati dan mendakwa video tersebut sebagai palsu kerana ia tidak memaparkan detik Mufti Menk disuntik oleh doktor. Malah, individu terbabit turut menuduh beliau adalah pengikut agenda ‘golongan’ tertentu.
Palsu! Nak tengok waktu disuntik, baru percaya
Sepatutnya ambil Habbatus Sauda sahaja, tak perlu divaksin pun
Ismail Musa Menk adalah anak kepada Maulana Musa Menk. Beliau dilahirkan di Harare, Zimbabwe dan menamatkan pengajian pada Mazahirul Uloom Shahjahanpur di bawah Hazrat Shaikh Maulana Zakaria pada lewat 1950-an. Video ceramah beliau sentiasa menjadi pilihan umat Islam seluruh dunia.
Sumber: Instagram Mufti Menk
Leave a Reply