Wanita Terasa Hati Tak Dihrgai, Penat Masak Tapi Lauk Dibvang Mentua

Apabila mentua dan menantu tinggal di bawah satu bumbung, banyak perkara yang perlu dijaga agar hubungan kedua-dua pihak kekal harmoni tanpa ‘menarik muka’.

Tapi bagaimana pula sekiranya memiliki ibu mentua yang tidak tahu menghargai titik peluh si menantu perempuan? Itu dirasai oleh seorang pengguna aplikasi Tiktok yang dikenali sebagai Nana.

Wanita tersebut berkongsi sebuah video memaparkan dirinya sedang menangis hiba selepas mengetahui ibu mentua sanggup membuang lauk sayur yang dimasaknya di belakang rumah.

@deknana222selalu salah♬ Doa Untuk Kamu – Aviwkila

Menurut Nana, selepas mengambil wuduk, dia ternampak kuali kosong dalam singki yang disangka lauk telah habis dijamah. Namun berlaku sebaliknya apabila dia tergerak hati untuk memeriksa sebelum terjumpa sisa masakannya dengan penuh hampa.

“Selesai wuduk, aku nampak kuali ada di tempat cucian. Bila buka, kosong. Lepas tengok di belakang, sayur telah dibuang padahal masih banyak lagi,” luahnya.

Nana menyifatkan perbuatan ibu mentuanya itu adalah satu pembaziran. Ini kerana jika orang tua tersebut ‘tiada selera’ untuk menjamah hasil tangan wanita itu, dia sendiri boleh menghabiskan makanan berkenaan.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata meluahkan rasa simpati terhadap Nana dan meminta dia terus bersabar selain bersyukur dikurniakan mentua yang memahami sepanjang tinggal bersama.

Sabar lah Pindah lebih baik

Masak sendiri la ikut citarasa

Syukur mentuaku baik

Bertabahlah, memang terasa hati. Moga jumpa jalan terbaik untuk menegur sikap si ibu mentua yang sesuka hati membuang tanpa memikirkan perasaan orang lain.

Sumber: TikTok deknana222

 

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*