Pemuda Rela Lepaskan Kekasih, “Saya Hanya Kuli..” – Diminta Sedia Hantaran RM30k…

Pemuda Rela Lepaskan Kekasih, “Saya Hanya Kuli..” – Diminta Sedia Hantaran RM30k…

Sedar tidak mampu menyediakan nilai hantaran seperti yang diminta, seorang pemuda terpaksa berkorban kebahagiaan apabila mengambil keputusan untuk berpisah dengan kekasihnya.

Menerusi perkongsian video di platform TikTok baru-baru ini, Ahmad Syahriman mengakui dia hanya memiliki pendapatan yang sederhana dan tidak mampu menanggung permintaan RM30,000 daripada ibu bekas kekasihnya itu.

“Berkorban demi kebahagiaan”

mr_syahriman
Berkorban demi kebahagiaan. #tiktokmalaysia #fyp #tiktok #fypppppppppppppp

original sound – –

“Ibu awak minta hantaran RM30,000.. tapi saya hanya seorang kuli. Dengan itu, saya terpaksa lepaskan awak. Semoga awak dipertemukan jodoh yang baik-baik,” tulis pemuda berusia 26 tahun itu.

Rakaman video berdurasi 17 saat itu memaparkan Syahriman yang dipercayai bekerja sebagai pegawai pemeriksa kesihatan sedang melakukan tugasan rondaan selain berkongsi foto bersama ibu tersayang.

Posting tersebut menerima hampir 40,000 tanda suka serta 2,709 komen netizen dimana rata-rata terkejut mengenai permintaan RM30,000 itu yang disifatkan sangat tinggi dinilainya untuk ditunaikan oleh kebanyakan bakal suami.

Selain itu, ada juga segelintir individu mendoakan pemuda berasal dari Kelantan itu agar dipertemukan jodoh dan bakal menantu yang sebaiknya tanpa memandang soal wang ringgit.

Mahal betul.. lawa sangat ke?

Jangan la beban pihak lelaki

Bagaimanapun, perkara yang terjadi tidak mematahkan semangat Syahriman sebaliknya terus bekerja untuk mengumpul duit demi menghadapi pelbagai cabaran di masa akan datang.

@mr_syahriman
Bekerja demi mengumpul wang hantaran yg semakin mencabar. #tiktokmalaysia #fyp #tiktok #fypppppppppppppp

DJ Merayu – DJ Rian.A

“Bekerja demi mengumpul wang hantaran yang semakin mencabar,” tambahnya la

Anda dah baca? Jangan lupa komen, Like dan share ya. Terima kasih

Sumber: TikTok @mr_syahriman

 

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*