Pelukan Erat Sebelum Dib3dah, Derma Bvah Pinggang Untuk Hilang Derita Suami

Istilah sehidup semat bukan sekadar kata-kata kosong, tetapi perlu ditunjukkan sekiranya pasangan dicintai berada dalam kesus4han termasuk perkara yang melibatkan ny4wa.

Begitulah dilalui pasangan di Indonesia ini apabila si isteri sanggup mendermakan sebelah bvah pinggangnya kepada suami tersayang, demi melihat lelaki tersebut sembuh seperti sedia kala.

Kisah bermula apabila seorang pengguna aplikasi TikTok yunitarusdan berkongsi sebuah video mengenai pengorbanan ibu saudaranya yang setia berada di sisi suami bagi menjalani pemindahan bvah pinggang.

@yunitarusdanSegimana level bucin kalian? Kalo tanteku level bucin nya sudah sampai berani mendonorkan 1 ginjalnya untuk suaminya🥺🧡 #fyp #BebaskanlangkahBerani

♬ Hadiah Tuhan – Nagita Slavina

“Berapa tahap cinta korang? Kalau makcikku tahap cinta dia sudah sampai berani mendermakan sebelah ginjalnya untuk suami,” tulis Yunita.

Rakaman video berdurasi 20 saat itu memaparkan pasangan tersebut berada di dalam w4d h0spital, saling memberi semangat antara satu sama lain dengan memberi pelukan penuh erat.

Selepas itu, kelihatan kedua-duanya terbaring di atas katil selepas selesai melakukan pemb3dahan yang berjalan dengan lancar. Syukurlah!

Kebanyakan netizen terharu melihat momen ‘berkongsi nyawa’ itu yang dianggap ibarat cinta sejati dimana hanya mavt yang akan memisahkan pasangan tersebut.

Sebak tengok

Cinta sebenar hingga ke syurga

Saya pun sanggup buat macam tu

Jangan sia-siakan pengorbanan isteri

Alhamdulillah, tiada lagi derita menghadapi kegagalan bvah pinggang. Moga cepat sembuh dan menjalani kehidupan seperti biasa. Jangan lupa hargai pengorbanan isteri

Sumber: TikTok yunitarusdan

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*