Peluk pinggang & saling bertatapan, ‘pre-wedding’ Mas Idayu ‘bersemut’ habis

Peluk pinggang & saling bertatapan, ‘pre-wedding’ Mas Idayu ‘bersemut’ habis

Tinggal seminggu lagi, penyanyi dangdut terkenal, Mas Idayu, 50 bakal menamatkan zaman solonya apabila dinyatakan akan melangsungkan pernikahan dengan Penerbit Eksekutif TV3, Muhammad Sufian Che Isa, 51 pada 16 September ini.

Pemilik nama Masidayu Mesnun atau mesra disapa mommy sempat mengadakan fotografi ‘pre-wedding’ di Avani Sepang Resort tajaan Magica.

Buat pre-wedding dengan bakal suami

Dalam sesi fotografi tersebut, mommy dilihat cantik menggayakan busana berwarna putih dan beberapa momen ketika sesi tersebut telah dikongsikan di media sosial.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Masidayu Mesnun (@masidayu1001)

Bakal suami curi2 pandang

Difahamkan, perkahwinan Mas Idayu dan pasangan telah mendapat tajaan RM7 juta merangkumi aksesori, barang kemas, katering dan lokasi.

Ramai yang memuji penampilan Mommy ketika menjayakan pre-wedding dan momen bakal suaminya curi-curi pandang telah mendapat perhatian ramai setelah dikongsikan di TikTok.

@muslimsyafrial 😍 Dua dua sweet #pengantinbaru #pengantinviral #masidayu #sufianisa #mummymasidayu #fyp ♬ You Are The Reason – Calum Scott

Mommy betul2 nampak happy!

Perkongsian tersebut telah menerima pelbagai pujian daripada warganet dan rata-rata tidak sabar menanti 16 September ini.

Mereka juga kagum melihat kecantikan penyanyi itu apabila menggayakan busana seperti princess dan bakal suaminya juga tak kalah segak.

Difahamkan, Mas Idayu dan Sufian bakal disatukan di Magica Quill City, Kuala Lumpur kira-kira jam 9 pagi dan pada sebelah malam pula akan diadakan majlis resepsi dengan tema ‘fairy tale’. Seramai 320 orang jemputan telah diundang bagi memeriahkan lagi majlis mereka.

Selain itu, penyanyi lagu Robek Hatiku ini memaklumkan dia dan bakal suami merancang percutian ke Santorini, Greece, selama dua minggu selepas majlis perkahwinan itu selesai.

Sumber: Instagram Mas Idayu, TikTok muslimsyafrial

 

 

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*