Keluarga Golongan Susah, Cikgu Dedah Pelitup Muka Anak Murid Lunyai Dan Berdaki
Seperti yang sedia maklum, pemakaian penutup mulut atau mask di tempat-tempat awam yang sesak sudah diwajibkan sejak 1 Ogos 2020 lagi. Individu yang gagal untuk melaksanakan perintah sedemikian bakal dikenakan kompaun sebanyak RM1,000 setiap seorang.
Perkara ini dilakukan oleh kerajaan untuk memastikan penyebaran virus COVID-19 dalam kalangan masyarakat dapat dikekakang walaupun tidak secara menyeluruh.
Mask kotor siap berjahit talinya!
Realiti sebenarnya yang sedang hidapi adalah sebenarnya ramai lagi golongan yang tidak mampu untuk menyediakan mask untuk kegunaan harian buat keluarga mereka. Sehinggakan, ada yang sanggup memakai semula mask yang telah digunakan sebagai langkah untuk berjimat cermat.
Situasi seperti ini telah dikongsikan sendiri oleh seorang guru dimana anak muridnya terpaksa memakai mask yang sudah digunakan berulang kali.
Tukar baru lepas 2-3 hari pakai
Sediakan mask percuma dalam kelas
Terima kasih yang saling membantu…
Disebabkan kejadian berkenaan, guru ini mula mengambil langkah dengan menyediakan mask percuma buat murid-murid yang kurang berkemampuan.
Dia juga dilihat menyeru kepada para pengajar agar selalu cakna dengan keadaan anak-anak murid terutama sekali yang datang daripada keluarga yang kurang berkemampuan.
Sumber: Twitter.
cara mohon tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.
Terima Kasih Selamat Beramal.
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Cara Mohon.
Leave a Reply