Idris Mat Diah pergi dijemput Illahi, Pelakon veteren

PELAKON veteran Idris Md Diah telah menghembuskan n4fas t3rakhir awal pagi tadi.

Berita kematian pelakon itu dimaklumkan rakan seperjuangan Azman Hassan melalui satu kemas kini di akaun Facebook.

“Inna lillahi wa’inna ilaihi roji’un, Al-Fatihah dan doa sejahtera buat Allahyarham seniman Idris Md Diah yang telah kembali ke rahmatullah awal pagi ini.”

Pada masa sama, anak arwah Alia memaklumkan ayahnya tidak sedarkan diri sekitar jam 2 pagi dan keluarga terus menghubungi ambulans.

Idris disahkan mninggal dunia oleh pasukan perubatan pada jam 2.30 pagi.

J3nazah Allahyarham Idris dibawa ke Masjid Al-Faizin Desa Jaya, Kepong untuk pengurusan solat j3nazah dan akan dik3bumikan di Tanah Perkubur4n Taman Ehsan, Kepong, sebelum zohor.

Allahy4rham Idris sangat sinonim dengan karakter bapa dan datuk dalam beberapa drama seperti Menantu Bilal, Andainya Takdir dan Zahir Tak Terucap.

Idris juga popular dengan watak ‘Pak Andak” menerusi drama bersiri 7 Hari Mencintaiku 2.

Arw4h tak sempat tengok anak bernikah

“Ayah tanya bila kad kahwin saya akan siap kerana dia nak berikan kepada rakan-rakannya,” kata Nur Alia Muliyani, 27, anak kedua pelakon veteran, Idris Mat Diah, 61, yang mninggal dunia awal pagi hari ini.

Nur Alia yang akan berkahwin pada hujung tahun ini berkata, dia tidak menyangka pertanyaan itu antara petanda pelakon drama bersiri popular 7 Hari Mencintaiku 2 ini akan meninggalkan mereka buat selama-lamanya.

“Saya tak terfikir apa-apa dan suruh dia tunggu kerana kad belum siap. Memang saya tak mengesyaki apa-apa dan tak tahu rupanya itu soalan terakhir ayah kepada saya,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Alia, bapanya menghidap k3ncing manis, tetapi sukar ditentukan tahapnya kerana dia sudah lama tidak membuat pemeriksaan.

“Ayah memang tak makan ubat, tapi kami sekeluarga jaga pemakanan dia. Ayah pun jarang makan di luar dan sejak akhir-akhir ini selera makannya tiada. Dia kurang makan. Saya dan emak bagi makanan yang dia suka tapi itu pun dia tak makan,” katanya.

Idris juga mengikuti rutin berpantang makan, namun sesekali dibenarkan merasa pelbagai menu seperti masakan bergoreng dalam kadar sedikit.

“Kami satu keluarga amalkan minum air masak. Minuman bergula hanya dihidangkan untuk tetamu. Ia bukan dipraktikkan sejak ayah sakit, tapi disebabkan mak juga ada msalah j4ntung.

“Ayah mninggal mengejut mungkin salah satu sebabnya kerana dia tak makan. Selera sudah tiada, malah nak mengunyah makanan pun tak boleh,” katanya.

Menurut Alia, bapanya suka berehat di rumah dan jika keluar pun hanya untuk bertemu rakan-rakan.

“Dia sangat menghargai mereka. 7 Hari Mencintaiku 2 adalah drama terakhir lakonannya. Satu perangai ayah, dia bukan jenis yang suka bawa cerita kerja di rumah. Sepanjang 27 tahun hidup, saya tak pernah tanya berkenaan drama lakonan dia.

“Kalau dia nak cerita, dia akan cerita. Kami tak nak bagi dia ‘str3ss’. Begitu juga saya tak bawa hal kerja di rumah. Kami hanya fokus pada urusan keluarga,” katanya.

Menurutnya, setiap kali rakan-rakan bapanya bertanyakan drama lakonan beliau, mereka hanya menjawab dia terbabit dengan penggambaran.

“Kami memang tak tahu drama apa. Seperti kata rakan-rakannya, karakter ayah di luar dan dalam drama sama sahaja iaitu ‘soft spoken’, cuma dia ada barannya tapi bergantung pada situasi dan keadaan,” katanya.

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*