Pelajar Tingkatan 5 maut kemalangan,” Otw balik Ujian mendengar BM & BI SPM ” (5Gmbr)

Serdang (Kedah) : Seorang pelajar SPM Sekolah Menengah Kebangsaan Serdang Kedah meninggal dunia apabila motosikal Honda Rs tertembung dengan sebuah Pacuan empat roda tengahari tadi diperjalanan pulang dari Sekolah untuk Ujian Mendengar Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris SPM 2021.

Perkhabaran duka itu dikongsi dilaman facebopk SMK Serdang ” Hari ini SMK Serdang menerima perkhabaran duka mengenai pemergian Nurul Fateha Amyra Binti Saiful Nizam yang telah pergi meninggalkan kita akibat kem4langan jalanraya.

Beliau yang dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menduduki Ujian Mendengar Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris SPM 2021, motosikal beliau telah bertembung dengan sebuah pacuan empat roda.

Sebak luahan ibunya Puan Mazlina Din ” Perginya insan yg paling aku syg, mama doa kan ank mama tenang dia sana, tulisnya dilaman facebooknya.

Sama-sama kita sedekahkan AlFatihah buat Allahyarhamah dan semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Salam takziah buat seluruh keluarga dari kami keluarga SMK Serdang.

Punca sebenar kejadian kini dalam siasatan pihak berwajib moga keluarga arwah tabah kehilangan anak tersayang seorang anak yang sangat baik dan rajin berkerja sampingan dimasa lapang.

Moga Nurul Fateha Amyra tenang disana hasratnya untuk mengambil penuh peperiksaan SPM tidak kesampaian yang maha esa lebih sayangkan dirinya. Al fatihah.Olahan Cerita Oleh Media Tular, Credit SMK Serdang.

Sumber : mediatular

 

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*