Sehidup semati, pasangan suami isteri meninggal dunia selang 3 jam

Impian pasangan di Indonesia ini untuk sehidup semati menjadi kenyataan apabila ajal mereka hanya berselang dalam tempoh kurang tiga jam, Jumaat lalu.

Lebih memilukan, lelaki berkenaan meninggal dunia ketika mengaji di samping jenazah isterinya.

Tribunnews melaporkan Umi Munawaroh meninggal dunia jam 1.30 petang akibat kencing manis.

Suaminya, Fathan Sibyan pula dipercayai meninggal dunia, jam 4.15 petang selepas mengalami serangan jantung.

Pasangan suami isteri dari Bojonegoro, Jawa Timur itu akhirnya disemadikan dalam satu liang lahad.

Pasangan terbabit sebelum ini mengusahakan perniagaan perabot dan alat jahitan.

Ketika hayat mereka, pasangan itu disebut membangunkan dua masjid di Bojonegoro yang diwakafkan kepada masyarakat setempat.

Fatkhan juga adalah bekas Bendahari Pengurus PCNU Bojonegoro sejak 1993 hingga 1998.

Sementara itu, pihak PCNU Bojonegoro mengucapkan takziah di atas kematian pasangan itu di media sosial.

Sumber: cempedakcheese

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*