Penyanyi Ashira sah bergelar isteri kepada jejaka pilihan hatinya, penyanyi Bad daripada kumpulan Indigo, hari ini.
Siapa sangka pertemuan sewaktu sama-sama menyertai Gegar Vaganza tahun lalu telah meninggalkan kesan mendalam pada Ashira mahupun Bad. Itulah yang dinamakan jodoh.
Majlis pernikahan secara tertutup itu dilangsungkan di Masjid Putrajaya dan hanya dihadiri kedua-dua keluarga terdekat sahaja, berikutan perlaksanaan PKPP.
Pasangan itu dinikahkan bapa Ashira, Syed Abdul Aziz dengan mas kahwin berupa sebentuk cincin.
Alhamdulillah, majlis pernikahan kami berjalan lancar dan dihadiri sebahagian anggota keluarga kedua-dua belah pihak memandangkan ada prosedur operasi standard (SOP) yang perlu dipatuhi,” kata Ashira.
Terdahulu, Ashira mula menjalinkan hubungan percintaan dengan Bad atau nama sebenarnya Badrul Izhan Yeop Abdullah sekitar Oktober tahun lalu selepas kedua-duanya terlibat dalam program realiti nyanyian Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7).
Tonton video penuh:
Tahniah Ashira dan Bad Indigo!
Sumber: mStar, Instagram Ashira
Leave a Reply