Pandu kereta guna kaki, kakak berbaju ‘peach’ curi tumpuan ramai di TikTok

Bagi individu yang memiliki penampilan yang sempurna, pernah tak korang bayangkan jika suatu hari ditakdirkan hidup tanpa salah satu anggota badan?

Adakah korang mampu untuk meneruskan hidup seperti biasa ataupun memerlukan bantuan orang lain?

Realitinya, kehidupan individu yang sempurna tubuh badan pun belum tentu mudah.. Apatah lagi mereka yang memiliki kelainan upaya.

Ternyata kehidupan sebagai seseorang yang bergelar kurang upaya adalah sangat mencabar.

Namun begitu, kisah seorang wanita yang tular menerusi aplikasi TikTok ini telah membuktikan bahawa kekurangan bukanlah satu halangan untuk menjalani aktiviti harian seperti insan lain.

@fitrinrusleeSiapa kakak baju warna peach ni? part 1 #fyp #photog #esekeli #wanita @norfarrahsyahirahshaari♬ original sound – Fitrin Ruslee

Dalam video tersebut, wanita yang digelar ‘kakak berbaju peach’ itu dilihat mengawal stereng kereta menggunakan kakinya sahaja.

Selain itu, dia juga dengan mudah boleh menggunakan telefon dengan cekap menggunakan kaki sekaligus membuktikan kebolehan seorang manusia tiada had batasan.

Siapa wanita berbaju peach itu?

Menerusi video kedua yang dimuat naik, rupa-rupanya wanita itu adalah seorang pensyarah kolej dan juga pakar motivasi bernama Nor Farrah Syahira Shaari.

Meskipun mempunyai kekurangan dari segi anggota badan, dia berjaya meraih pelbagai jenis pencapaian serta anugerah yang belum tentu diperolehi oleh insan biasa.

@fitrinrusleePart 2 -siapa wanita berbaju peach ni? #fyp #wanita @norfarrahsyahirahshaari @farha2105

♬ original sound – Fitrin Ruslee

Respect dia bersyukur dengan apa yang ada

Menjengah ke ruangan komen, ternyata ramai netizen berasa kagum terhadap kecekalan serta semangat wanita tersebut.

Malu, cukup sifat pun tak reti drive

Sumber: TikTok fitrinruslee

 

 

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*