Pakcik tular menangis ratapi pemergian isteri turut meninggal dunia selang 4 hari

Sebelum ini, tular di media sosial terutamanya di aplikasi TikTok memperlihatkan seorang lelaki warga emas menangis diatas pemergian isterinya beberapa hari lepas.

Perkara tersebut dimuat naik oleh anak saudara lelaki itu dikenali sebagai @dayahzulrimi dan mendapat perhatian ramai kerana turut berasa sebak melihat betapa cintanya seorang suami kepada isterinya hingga akhir hayat.

@dayahzulrimiPerjalanan akhir ibu saudara ku . Lambaian terakhir dari suami n anaknya . Pok terus kuat 💪🏻 kami selalu ada di belakang pok #covidfigther♬ original sound – Amptech home

Pergi selang 4 hari kematian isteri

Namun begitu, khabar duka kembali diterima oleh keluarga dayahzulrimi apabila bapa saudaranya itu pula turut menyusul pemergian isterinya selepas 4 hari memakamkan wanita tersebut.

Dalam muat naik yang dilakukan pengguna TikTok itu, dia menulis “Al-Fatihah pok saudara ku, baru kehilangan isteri. Sekarang pok pulaok yang pergi…”

@dayahzulrimiAl-fatihah pok saudara ku . Baru kehilangan isteri . Sekrang pok pulok g😭😭♬ original sound – Ezaaa🐊 – ezaaaaaa🐊

Sebak dengar suara anak arwah

Selain itu, dayahzulrimi turut berkongsi perbualan WhatsApp ahli keluarganya dengan menberikan kata-kata semangat kepada anak sulung Allahyarham yang secara tiba-tiba kehilangan kedua-dua orang tuanya dalam masa yang singkat.

Doakan anak2 Allahyarham terus kuat

Susulan daripada perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen dengan mengakui berasa terkejut mendengar khabar sedih berkenaan.

Walau bagaimanapun, masing-masing tetap berharap agar ahli keluarga yang ditinggalkan terus kuat dan tabah dalam menerima takdir ini serta berdoa supaya roh pasangan suami isteri itu terus dicucuri rahmat.

Tak sangka dia menyusul begitu cepat

Salam takziah buat ahli keluarga

Baru je rasanya tengok video arwah menangis

Setia bersama hingga hujung nyawa

Sumber: TikTok dayahzulrimi

 

 

 

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*