pakcik sebak wanita pemurah beli semua jualan, Tak perlu tunggu pelanggan lagi

Sekiranya ternampak warga emas berpanas menjual di tepi jalan, pasti akan timbul perasaan simpati dan sedih melihat orang membanting tulang mencari rezeki meskipun semakin dimamah usia.

Menerusi perkongsian di laman Facebook milik Alina Farahin, dia telah berkongsi video memaparkan kegigihan seorang warga emas yang berniaga sambil menunggu pelanggan di stesen minyak Petron, Masjid Tanah, Melaka.

Tolong jagakan pakcik ni untuk aku ye!

“Kisah dia, semalam aku teringin nak makan buah potong, anak aku pulak asek mintak ice cream je. Nampak lah petron…
“…so berhenti bukan nak isi minyak nak g beli ice cream la.. kot2 ade buah skali ke kan! tiba2 aku nampak pakcik ni jual buahhh potong,” katanya.

Menurut wanita tersebut, dia melihat pakcik itu sedang meniaga buah sebelum mengambil keputusan untuk membeli kesemua jualan dan turut memberi kepada sesiapa yang berada di kawasan tersebut.

Sejurus membeli, suaminya turut menghulurkan sedikit wang buat pakcik tersebut dan tidak lama kemudian kelihatan warga emas itu datang mendekati kereta serta menangis teresak-esak kerana terharu.

“Buah dah habis. Pakcik boleh balik awal ye harini. Rehatlah pakcik. Pakcik dah takpayah duduk sini lagi,” pesan Alina.

Alina juga memberikan barang keperluan asas seperti beras, minyak dan lain-lain supaya dapat meringankan bebab pakcik tersebut apabila di rumah.

Perkongsian video berdurasi empat minit itu telah dibanjiri komen daripada warganet yang memuji tindakan murni Alina serta mendoakan agar urusan pakcik itu sentiasa dipermudahkan.

Pengorbanan ibu bapa memang tiada ganti demi menyara keluarga! Semoga pakcik sentiasa dilindungi Allah SWT dan terus kuat mencari rezeki. Amin!

Sumber: Facebook Alina Farahin

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*