Belakangan ini, ramai sedang bersedih kerana tidak dapat menziarahi ibu bapa di kampung halaman dek kerana perintah larangan merentas negeri yang dikuatkasakan pihak kerajaan bagi membendung penularan Covid-19.
Bagaimanapun, kisah yang dikongsi oleh wanita dikenali sebagai @farasharina_ ini pasti akan membuatkan netizen berasa simpati terhadap nasib seorang warga emas yang ditemuinya di tepi jalan dipercayai di Kota Bharu, Kelantan.
Terserempak pakcik tua tepi jalan
Menerusi aplikasi TikTok, Fara berkongsi kisahnya terserempak dengan seorang pakcik di tepi jalan sewaktu sedang menaiki kereta.
Dalam video berkenaan, warga emas itu dilihat berjalan berseorangan dalam keadaan terhuyung-hayang mungkin kerana penglihatan yang tidak jelas, sebelum mendekati kereta dinaiki Fara serta keluarga.
@farasharina_Ya Allah berikanlah kesihatan buat pakcik ini..#farajl #jlfara #kongsirezeki #jlfarabeauty
Pakcik nak minta sedekah, nak bayar sewa rumah,” ujar pakcik tersebut.
Kasihan melihat keadaan warga emas itu, mereka memberikan sebungkus kuih serta sejumlah wang bernilai RM50 kepadanya.
Pagi hantar, petang anak dia ambil minta sedekah
Namun begitu, netizen mula mempersoalkan tentang latar belakang pakcik itu apabila ada beberapa individu mendakwa warga emas berkenaan dihantar oleh anaknya untuk meminta sedekah, setiap hari.
Namun demikian, kesahihan dakwaan tersebut masih belum dikenal pasti…
Jika ia benar, memang tidak wajar anaknya melalukan sebegitu kepada insan yang telah menjaga dan membesarkan mereka dari kecil hinggalah dewasa.
Sumber: TikTok farasharina_
Leave a Reply