
Dua angg0ta P0lis yang bertugas di sekatan jalan raya di Expressway Kuching-Samarahan benar-benar menjadi ‘bid4n terjun’ apabila menyambut kelahiran seorang bayi perempuan yang dilahirkan di dalam kereta malam tadi.
Kedua-dua anggota dari Ibu Pejabat P0lis Daerah (IPD) Kota Samarahan membantu seorang wanita berusia 26 tahun dari Kampung Semera Ulu, Asajaya, yang sebelum itu dalam perjalanan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) bersama suaminya berusia 28 tahun.
Lans Koperal Noor Fatihah Azelam, 27, berkata tugasnya di sekatan jalan raya itu bermula jam 4 petang hingga 12 tengah malam.
Katanya, kejadian berlaku jam 11.50 malam sebelum dia bakal menamatkan tugasnya dan bergegas membantu selepas dimaklumkan seorang lelaki bahawa isterinya mahu bersalin.P0lis Bertugas Di SJR Didatangi Lelaki Panik Minta Bantuan, Dua P0lis Jadi Bidan Terjun, Sambut Kelahiran Bayi Perempuan
“Sebaik menghampiri kereta, saya melihat wanita itu sudah melahirkan anak dan dalam keadaan berdarah.
“Saya membantu merungkaikan tali pusat yang berb3lit di leher bayi itu,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Menjelas lanjut, katanya, dia dibantu Koperal Perakson Jennie, 40, menyelimutkan bayi berkenaan yang menangis kesejukan menggunakan tuala.P0lis Bertugas Di SJR Didatangi Lelaki Panik Minta Bantuan, Dua P0lis Jadi Bid4n Terjun, Sambut Kelahiran Bayi Perempuan
Sementara itu, Ketua P0lis Daerah Samarahan, Deputi Superintendan Sudirman Kram, berkata suami wanita itu yang panik terus memandu ke arah sekatan jalan raya untuk mendapatkan bantuan.
“Angg0ta kita mendapati wanita berkenaan sudah melahirkan anak dan membantu menyambut kelahiran bayi itu.P0lis Bertugas Di SJR Didatangi Lelaki Panik Minta Bantuan, Dua P0lis Jadi Bidan Terjun, Sambut Kelahiran Bayi Perempuan
“Kebetulan seorang lagi angg0ta yang hendak melap0r untuk bertugas turut membantu menyelimutkan bayi menggunakan tuala, ” katanya.
Katanya, ibu dan bayi dibawa ke HUS untuk mendapat rawatan lanjut.
Sumber : onviral
Leave a Reply