Nurul Izzah bantu agihkan air, kelibat Ahli Parlimen terkini Permatang Pauh dipersoal

Nurul Izzah bantu agihkan air, kelibat Ahli Parlimen terkini Permatang Pauh dipersoal

Baru-baru ini, penduduk di beberapa kawasan di tiga daerah di Pulau Pinang berdepan dengan gangguan bekalan air berjadual selama 48 jam berikutan kerja-kerja penyelenggaran loji rawatan air (LRA) Sungai Dua bermula Jumaat lalu.

Berikutan itu, mantan Ahli Parlimen Permatang Pauh iaitu Nurul Izzah Anwar Ibrahim turun padang bagi membantu penduduk terjejas mendapatkan kelangsungan bekalan air bersih.

Difahamkan, pengagihan air itu dibuat di Taman Pauh Indah dengan kerjasama Bomba Sukarelawan Permatang Pauh.

Bagaimanapun, beberapa keping foto berkenaan tular di laman TikTok apabila pengguna dikenali Tini Saad memuat naik semula dan mengucapkan terima kasih kepada Nurul Izzah kerana sudi membantu penduduk setempat.

“Terima kasih mantan Ahli Permatang Pauh, Puan Nurul Izzh Anwar atas pengagihan air di Taman Pauh Indah dengan kerjasama bomba sukarelawan Permatang Pauh,”tulisnya ringkas.

@tinisaad0505 Thank you. Puan Nurul Izzah Anwar .Arrange water supply at Taman Pauh Indah. 💜✅ Hang pi mana….. hang pi mana….. HANG PI MANA Wakil rakyat Matang Pauh. #permatangpauh #ahliparlimen #hangpimanatu #pulaupinang #nurulizzahanwar ♬ Hang Pi Mana – Khalifah

Dalam pada itu, dia turut mempersoalkan keberadaan Ahli Parlimen terkini Permatang Pauh iaitu Muhammad Fawwaz Mohamad Jan yang telah berjaya mengalahkan Nurul Izzah sewaktu Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU) tempoh hari.

“Tapi, mana Ahli Parlimen terkini Permatang Pauh? Hang pi mana?”soalnya.

Bukan itu sahaja, bahkan ramai lagi netizen turut mempersoalkan keberadaan Muhammad Fawwaz dari parti Perikatan Nasional ketika itu selain meluahkan rasa kesal.

Malah, mereka turut berseloroh dengan mengatakan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu masih sibuk memberi ceramah.

Sekadar info, gangguan bekalan air berkenaan bermula jam 10 malam Jumaat hingga Sabtu yang melibatkan 197,851 akaun pengguna di Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan.

Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBA) dalam kenyataan mengatakan daripada jumlah itu, 24,615 akaun air akan mengalami tekanan air rendah, manakala 173,236 akaun akan terputus bekalan air.

Dan, notis awal mengenai masalah gangguan bekalan air telah dikeluarkan lebih awal bagi memastikan penduduk di sekitar kawasan terjejas bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan.

Apa-apa pun, tak baik kita tunding jari sebelah pihak, mungkin beliau turun padang juga. Janganlah nilai kerja seseorang berdasarkan media sosial semata-mata.

Sumber: TikTok @tinisaad0505, Instagram @n_izzah

 

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*