Baru-baru ini, tular video sekumpulan petugas kesihatan terkejut dan terhibur sewaktu melihat telatah seorang warga asing yang agak melucukan. Difahamkan lagi, pesakit tersebut diarahkan untuk berpindah katil.
Menerusi video pendek yang dimuat naik di TikTok, siapa sangka pesakit lelaki itu dilihat terus menjinjing tilam daripada katil lama untuk dibawa ke katil baru.
Terlalu jujur, sampai salah faham arahan
Namun apa yang lebih menggelikan hati adalah apabila dia turut menyanyi dengan selamba sambil berkaki ayam dan memegang beg plastik berisi makanan ketika melintasi kaunter petugas kesihatan.
@azrulhakim786Balas kepada @mrdeanobey♬ bunyi asal – AzrulHakim
Berikutan itu, tindakannya ditegur oleh petugas kesihatan dan diiringi oleh seorang nurse agar mengembalikan semula tilam tersebut di tempat asalnya.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata terhibur melihat gelagat ‘bhaiya’ terbabit. Bukan itu sahaja, mereka juga bergurau dengan menyatakan warga asing itu terlalu menyayangi tilam berkenaan.
Malah, ada juga yang meluahkan rasa kasihan melihat kegigihan lelaki itu mengangkat tilam yang berat walaupun masih belum sembuh, lebih-lebih lagi saat mengenangkan kesusahan di negaranya.
Siapa tahu, mungkin seumur hidup dia tak pernah tidur atas tilam. Sebab itulah terlalu sayang untuk meninggalkan tilam tersebut.
Sumber: TikTok azrulhakim786
Leave a Reply