Kedatangan bulan Ramadan yang dijanjikan pelbagai keistimewaan dan kenikmatan disambut penuh keterujaan oleh umat Islam.
Tidak terkecuali bagi pelakon, Nora Danish yang turut mengejar saham akhirat dengan melakukan pelbagai amal ibadah termasuk mengaji al-Quran.
Menerusi laporan Kosmo! Online, pelakon berusia 39 tahun itu meluahkan rasa teruja apabila berjaya khatam al-Quran pada Ramadan tahun lalu yang dianggap sebagai satu pencapaian luar biasa.
“Saya anggap kejayaan khatam al-Quran pada tahun lalu sebagai satu pencapaian besar dalam hidup. Insya-Allah pada bulan puasa tahun ini saya menyimpan niat untuk melakukan perkara sama.
“Bagi saya macam mana buruk pun kita, bulan Ramadan ialah masa untuk seseorang itu mendekatkan diri dengan pencipta-Nya,” katanya.
Pelakon drama Bougainvillea itu berkata, dia sudah lama berhasrat untuk khatam al-Quran selain amalan tersebut turut disertakan dengan niat sedekah kepada arwah bapanya.
“Alhamdulillah jalan itu dipermudahkan. Allah bukakan hati saya untuk mengaji setiap hari. Selepas solat fardhu..
“…saya akan gunakan kesempatan membaca al-Quran sehingga 20 muka surat atau lebih setiap hari,” ujarnya.
Sumber: Kosmo! Online (Mohammad Shahemy Azmi) via OhMyMedia.CC
Leave a Reply