Setia Tunggu Pelanggan Beli, Nenek Gigih Cari Rezeki Jual Jagung Tepi Jalan

Setia Tunggu Pelanggan Beli, Nenek Gigih Cari Rezeki Jual Jagung Tepi Jalan

Tidak dinafikan, setiap insan sudah tentu mengimpikan perjalanan hidup yang indah bersama insan tersayang terutamanya apabila meniti usia senja.

Namun, tiada siapa dapat mengetahui nasib seseorang individu itu nanti sama ada berakhir dengan kesenangan atau kesusahan apatah lagi berdepan situasi pandemik Covid-19 ketika ini.

Jual jagung sara hidup

Perkongsian seorang lelaki dikenali sebagai iroy_fifteenlabel di laman Instagram ternyata membuktikan masih ramai lagi warga emas yang membanting tulang dalam mencari rezeki demi sesuap nasi.

Posting berkenaan memaparkan warga emas yang berusia sekitar lewat 70-an itu gigih menjual jagung di hadapan sebuah pasar raya di daerah Barabai, Kalimantan Selatan, Indonesia.

Bagi segelintir individu terutama pengunjung di situ, pasti timbul rasa kasihan melihat nenek yang seusia itu masih berjualan bagi meraih pendapatan dengan kudrat yang masih tersisa.

“Pagi tadi melihat nenek ini menjual jagung di depan minimarket,” tulisnya pada ruangan kapsyen.

Bantu perniagaan macam ni

Selain itu, lelaki tersebut turut menyeru kepada orang ramai di sekitar kawasan berdekatan untuk memberi sokongan terhadap perniagaan kecil-kecilan warga emas terbabit.

Dengan harga yang murah dan berpatutan iaitu tidak sampai RM1 bagi sebatang jagung, sudah tentu dapat memberikan sedikit rezeki buat nenek ini.

“Bagi warga Barabai Kalimantan Selatan, jika melihat beliau bantu belikan dagangan beliau. Bantu beliau bertahan hidup, sebab pedagang kecil seperti beliau bukan untuk mengumpul kekayaan, tapi hanya untuk bertahan hidup.

“Harga jagungnya juga murah rp.3.000 (0.85sen) sebiji dengan ukuran agak besar, kalau habis makan 2 biji dijamin sangat kenyang,” tulisnya lagi.

Kesian, masa tua seperti ini sepatutnya dihabiskan dengan berehat. Tapi demi meneruskan kehidupan, nenek ini terus berusaha mencari rezeki demi sesuap nasi. Moga semakin murah rezeki!

Sumber: iroy fifteenlabel

cara mohon tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.

Terima Kasih Selamat Beramal.

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Cara Mohon.

 

 

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*