Nas Daily puas hati dapat masuk Malaysia, habiskan RM700,000 miliki pasport

Beberapa hari lalu, ramai dikejutkan dengan berita kemasukan seorang personaliti media sosial tersohor dunia, Nas Daily di Malaysia. Difahamkan, pemuda berbangsa Arab-Israel itu dikatakan sedang bercuti di Malaysia selama 12 jam sebelum terbang ke lokasi seterusnya iaitu Dubai.

Menerusi video dimuat naik, Nas Daily memberitahu dia berjaya masuk ke Malaysia setelah sekian lama ‘teringin’ menjejakkan kaki ke negara ini.

Katanya lagi, keinginan masuk ke Malaysia adalah semenjak syarikatnya beroperasi di Singapura sejak empat tahun lalu memandangkan ia cuma dipisahkan oleh selat Tebrau.

Tambah Nas, ia adalah mustahil bagi dirinya yang memegang pasport Israel untuk melawat Malaysia. Namun, ia tidak mematahkan semangatnya apabila dia akhirnya berjaya menyeberangi sempadan dengan menggunakan pasport Caribbean yang dibelinya.

Sanggup habiskan duit sebanyak RM710,700 miliki pasport Caribbean

Dalam video dikongsikan di platform TikTok, Nas mengatakan dia sanggup menghabiskan duit sebanyak $150,000 iaitu sekitar RM710,700 bagi memiliki pasport Caribbean (St. Kitts & Nevis) untuk memasuki Malaysia.

Walaupun memiliki pasport sah memasuki Malaysia, namun dia risau sekiranya gagal melepasi sempadan.

Dikesempatan itu juga, Nas tidak henti-henti memuji Malaysia selain membuat perbandingan dengan Singapura.

Antara pujian diberikan oleh Nas terhadap Malaysia adalah kehijauan negara, harga barangan yang murah dan kesedapan makanan selain kagum dengan kepelbagaian budaya dan kaum yang ada di negara ini.

@nasdaily I Bought A Whole New Citizenship Just To Show You This Country #nasdaily #travel #people #fyp #unique ♬ original sound – Nas Daily

Sumber: TikTok @nasdaily 

 

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*