Nad Zainal dah lama pasang niat berhijab, tak rasa imej baru ganggu karier seni

Penampilan manis Nad Zainal yang kini ayu bertudung sememangnya telah mendapat perhatian ramai. Rata-rata peminatnya memuji imej barunya yang dilihat lebih sopan.

Semakin cantik

Menerusi perkongsian dari Mstar, Nad mengakui yang dia kini sedang berjinak-jinak untuk menutup aurat dengan sempurna dan berharap agar peminat dapat mendoakan perubahannya.

“Saya sebenarnya tidak mahu bercerita tentang penampilan terbaharu ini. Saya minta maaf.

“Cuma saya ingin anda semua doakan yang terbaik kerana saya juga masih belajar,” katanya

Ada baki kerja yang memerlukan tak berhijab

Walau bagaimanapun, Nad enggan mengulas dengan lebih lanjut berkenaan perubahannya itu dan menjelaskan ada baki dua tuntutan kerja yang memerlukannya untuk tidak bertudung.

“Saya masih ada dua tugas yang memerlukan saya tidak berhijab kerana telah dipersetujui sebelum ini. Ia merupakan projek drama bersiri dan sebuah filem,” katanya

Tak rasa akan halang kerjaya

Dalam pada itu, pemilik nama sebenar, Nad atau Farah Nadia Zainal Abidin, 32 memaklumkan yang niat ingin bertudung sudah terlintas di hatinya sejak dua tahun lalu dan merasakan imej tersebut bukan satu penghalang untuknya meneruskan karier sebagai seorang pelakon.

“Keinginan untuk berhijab mula timbul sejak dua tahun yang lalu. Bagi saya, tidak ada masalah sekiranya saya berhijab.

“Saya percaya kepada rezeki, tambah pula kalau kita lihat ramai sahaja pelakon berhijab yang masih mampu membawakan pelbagai watak contohnya seperti Noorkhiriah,” ujarnya.

Sebelum ini, Nad telah menjadi perbualan peminat di media sosial apabila tampil berhijab ketika melakukan pengambaran untuk program travelog sewaktu di Thailand.

Rata-rata peminatnya telah memuji penampilan pelakon tersebut yang dilihat semakin cantik dan lebih sopan apabila mengenakan tudung.

Sumber: Mstar (Ain Norman)

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*