Nabil Ahmad tak tahu bapa ada masalah jantung – “Tak pernah buat rawatan”

Nabil Ahmad tak tahu bapa ada masalah jantung – “Tak pernah buat rawatan”

Pelawak dan pengacara terkenal, Nabil Ahmad bersyukur bapanya sempat mengucapkan dua kalimah syahadah sebelum meninggal dunia akibat komplikasi jantung di Hospital Serdang, Selangor, semalam.

Menurut laporan Harian Metro, dia tidak pernah mengetahui bapa tercinta Allahyarham Ahmad Ismail menghidap penyakit jantung dan menyifatkan pemergian itu adalah tiba-tiba.

“Pada Khamis minggu lalu ayah sakit dada. Betul-betul dua hari selepas dia membuat kejutan kepada saya di program MeleTop.

“Jadi, dia terus dibawa ke Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban. Kemudian, dia dipindahkan ke Hospital Serdang bagi menjalani pemeriksaan lanjut.

“Selama ini kami sekeluarga tidak pernah tahu dia ada jantung tersumbat dan tak pernah buat rawatan jantung pun sebab dia memang sihat, cuma tahu dia ada diabetis.

“Pagi kelmarin, doktor menghubungi dan minta waris datang ke hospital. Saya orang pertama sampai dan tengok dia sangat ‘struggle’ nak bernafas.

“Perbualan akhir saya dengan ayah adalah ketika mengajar dia mengucap dua kalimah syahadah.

“Kemudian adik saya sampai dan dapat duduk beberapa minit sebelum paras oksigen menurun hingga 25. Doktor terus tidurkan,” kata pelawak 39 tahun itu.

Nabil berkata, bapanya yang berusia 71 tahun itu tidak sempat menjalani pembedahan pintasan jantung apabila dipindahkan ke Hospital Serdang.

“Ayah dimasukkan ke Hospital Serdang untuk menunggu giliran menjalani pintasan jantung. Ikut prosedur kena tunggu tiga minggu.

“Tapi itulah, Allah lebih sayangkan dia. Saya rasa kehilangan tiba-tiba dan tak percaya dia sudah tiada.

“Alhamdulillah, urusan pengebumian selesai semalam dan dipermudahkan. Saya sebenarnya bersyukur Allah permudahkan urusan.

“Sakitnya seminggu saja. Saya pun tak kongsi dia sakit. Ujian dia, dia tak susahkan sesiapa,” ujarnya

Sumber: Harian Metro (Sudirman Mohd Tahir)

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*