“Maafkan saya cikgu, saya pakai selipar..”- Nasrin.

Nasrin adalah salah seorang murid yang tetap bersemangat untuk hadir ke Sekolah kebangsaan (SK) Gual To’Deh, di sini, hari ini, walaupun hanya berselipar sahaja, selepas kasutnya hilng kerana hnyut dibawa bnjir, baru-baru ini.

“Maafkan saya cikgu, saya pakai selipar kerana kasut saya hilang dibawa arus bnjir,” luah Nasrin Mukmin Nasir, 10, kepada salah seorang guru yang menanti di hadapan pagar sekolah.

Dia yang pada awalnya dilihat dalam keris4uan akhirnya tersenyum gembira apabila guru bertugas tidak memarahi sebaliknya terus memberi semangat dan mengucapkan syabas kerana tetap hadir walaupun baru sahaja ditimpa musib4h.

“Saya sudah tiada kasut lain untuk dipakai, selain tidak mahu menyus4hkan ibu untuk membeli yang baharu. Oleh itu, saya cekalkan hati untuk datang juga ke sekolah dengan berselipar getah sahaja.

“Abah saya hanya mengambil upah sebagai buruh dan ibu pula tidak bekerja, sudah pasti mereka suk4r untuk mencari wang memandangkan kediaman kami juga te’ruk ditenggelami bnjir.

“Sejujurnya, saya cmburu melihat rakan lain mampu ke sekolah hari ini dengan lengkap berkasut baharu, tetapi saya cekalkan hati kerana mengingatkan pesan ibu untuk terus belajar walau dalam keadaan apa sekali pun,” katanya ketika ditemui di SK Gual To’Deh, di sini, hari ini.
selipar

Sementara itu, bagi Mohd Anas Ashraf, 9, dia tidak m4lu untuk datang ke sekolah dengan berselipar getah kerana teruja untuk berjumpa rakan-rakan dan memulakan sesi pembelajaran di dalam kelas bersama guru.

“Kasut saya ada, tidak hilang dibawa arus banjir tetapi disaluti lumpur yang t3ruk. Ibu saya dah cuba mencucinya berkali-kali namun lumpur tetap tidak hilng jadi ia perlu dibeli baru.

“Saya datang dahulu ke sekolah dengan berselipar hari ini, kerana ibu dan ayah berjanji untuk membelinya dalam masa terdekat selepas mereka boleh kembali bekerja.

“Sebenarnya saya t4kut juga dimarahi guru kerana tidak berpakaian lengkap, namun berasa lega kerana cikgu membenarkan kerana faham akan situasi kami yang menjadi mngsa bnjir,” katanya.

Sumber : Mymetro

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*