Murid Darjah 1 Hadir Ke Sekolah Sambil Pimpin Mak Ayah Bvta Tunjukan Sekolah Baru Undang Seb4k Guru

Hari ini bermulanya sesi orentasi bagi pelajar darjah satu di beberapa buah sekolah sekitar Malaysia. Pelbagai kerenah dan juga ragam dapat dilihat berikutan perubahan suasana yang mereka rasai. Sudah tentu ibu bapa akan menemani anak-anak mereka hadir bagi sesi suai kenal tersebut.

Namun begitu, menerusi perkongsian yang diperoleh daripada Facebook seorang guru dikenali sebagai Nadwa Nassir, dia telah menceritakan satu suasana seb4k di sekolah tempatnya mengajar.

Tulis nombor telefon mak ayah walaupun terbalik

Menurut muat naik itu, seorang kanak-kanak perempuan telah hadir ke sekolah bersama ibu dan bapanya bagi mengikuti sesi orentasi. Apa yang menghibakan adalah dia memimpin tangan kedua orang tuanya yang c4cat penglihatan bagi bersama-sama menemaninya memulakan alam persekolahan.

“Mak ni kantin, ni padang sekolah…”

Selesai orentasi, kanak-kanak tersebut telah membawa ibu dan bapanya pergi meninjau perkarangan sekolah dan memaklumkan prasarana yang terdapat dikawasan sekolah itu. Situasi sayu itu telah berjaya dirakam oleh Nadwa dan dia mengakui terkesan dengan keadaan tersebut. Oleh hal yang demikian, dia sempat mencoretkan doa agaranak muridnya itu berjaya didunia dan akhirat serta kuat menempvhi kehidupan.

Air mata tvmpah tanpa disedari

Sehubungan dengan perkongsian yang dibuat Nadwa, rata-rata warganet telah menzahirkan rasa hiba diatas ketabahan anak kecil tersebut. Mereka juga tidak ketinggalan menitipkan doa agar kanak-kanak perempuan itu membesar dengan penuh ketabahan dan menjadi seorang yang berguna pada masa akan datang.

Semoga menjadi anak solehah dik

Dia mata ibu dan ayahnya

Sumber : Nadwa Nassir

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*